Suasana politik Terengganu kembali panas apabila kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Haji Ahmad bin Said mengumumkan akan merobohkan Pasar Besar Kedai Payang yang menjadi antara "trade mark" bagi Pelancongan Negeri Terengganu.
Pembangkang mendakwa Pasar Payang perlu dipertahankan kerana
ia adalah warisan rakyat Terengganu yang sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Terengganu. Jika pasar dirobohkan ia akan mengganggu periuk nasi peniaga sedia ada.
Hakikatnya ialah kerajaan membuat keputusan untuk merobohkan pasar berkenaan kerana faktor keselamatan, kebersihan dan faktor pembangunan untuk masa depan rakyat Terengganu.
Kerajaan ingin merobohkan pasar berkenaan kerana untuk memberi laluan kepada ruang pasar yang lebih luas, bersih dan dicadangkan untuk membina hotel beserta dengan kawasan beli belah.
Manakala peniaga barangan basah pula akan dipindahkan ke Pasar Chabang Tiga yang akan menjadi lokasi penting baru untuk pelancongan Terengganu,
Terkadang terfikir dihati, betapa busuknya hati pimpinan PAS yang suka mencanang perkara yang belum pasti. Mereka berkempen seolah-olah apa sahaja projek kemajuan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan memanfaatkan rakyat.
Dari zaman Tun Mahathir lagi segala kemajuan yang ingin dilaksanakan dibantah oleh pembangkang. Akhirnya golongan inilah yang menggunakan kemudahan yang telah dibuat.
Kenapa agaknya Raja Bahrin yang telah menjadi ahli PAS sekarang begitu lantang mengkritik usaha kerajaan ini, Adakah kerana kerajaan hari ini tidak memberikan projek kepada syarikat beliau sepanjang 4 tahun ini? Atau adakah kerana cuba menutup kelemahan dan kesilapannya dalam membuat plan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak?
RAJA BAHRIN PENYEBAB UTAMA STADIUM RUNTUH ???
Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain.
Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek!
Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.
Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Kita yakin dan percaya orang Melayu amat mendalam fahaman keIslamannya. Tetapi ada juga yang tidak mahu memahami makna hijrah dalam skop yg luas apabila rancangan kerajaan untuk menambah baik prasana yang ada di bantah oleh pembangkang.
Pembangkang cuba memgaburi mata rakyat dengan pelbagai hujah yang penuh kejiwaan demi memujuk rakyat supaya menolak kerajaan.
Pas selalu mencanangkan bab islam tetapi dalam bab hijrah pas cuba menyempitkan fahaman hijrah di mata rakyat.
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: