» » Tanah Akan Dikembalikan Kepada Rakyat!!!


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji setiap inci tanah di Kelantan akan dikembalikan kepada rakyatnya sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Perdana Menteri berkata, kerajaan Pas Kelantan telah melakukan kesilapan besar kepada rakyat apabila menyerahkan sebahagian tanah di negeri itu kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.

"Kerajaan Pas banyak dosa kepada rakyat Kelantan, sebab itu kita kata kepada mereka bo la wei," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Perhimpunan itu dihadiri lebih 15,000 anak-anak Kelantan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan dan Melaka. - klik sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply