» » Wan Azizah resah kemelut melanda Pakatan!

MEDIA STATEMENT
21 FEBRUARY 2013

 
Differences of opinion that exist between the Pakatan parties – whether with regards to seat negotiations or others matters – should not be brought out in the open carelessly, especially with elections around the corner.
 
Any disagreements within Pakatan should be resolved internally, as advised by DAP Secretary General Lim Guan Eng before.
 
PAS, DAP and KEADILAN have made major inroads in the Johor political landscape and we have established a common understanding on the big issues. Negative media statements do not help and can be exploited by our opponents.
 
At the same time, the KEADILAN leadership continues to give our confidence and trust in Chua Jui Meng to lead KEADILAN Johor. He has been contributing immensely in the development of the party in the state and should continue to be given the opportunity to continuously change the state for the rakyat.
 
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT  

---

KENYATAAN MEDIA
21 FEBRUARI 2013

Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan – sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain – tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.
 
Sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
 
PAS, DAP dan KEADILAN telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok. Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan.  
 
KEADILAN juga terus memberi keyakinan kepada Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor. Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat.
 
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT  

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Nota: kemelut dalaman pakatan antara semua parti menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka tiada keikhlasan dalam membela nasib rakyat kerana masing-masing parti ada kepentingan dan mereka rasa parti mereka lah yang menjadi bos dalam pakatan.

Realiti di akhirnya ialah bos sebenar dalam pakatan ialah DAP kerana jika ada perselisihan antara mereka pasti DAP yang menjadi bos yang sebenar.

Lihat sahaja dalam kemelut perevutan kerusi di Johor yang menjadi juaranya ialah DAP. Di mana pengaruh PAS dan PKR. Apabila ada isu melibatkan kepentingan antara kaum. Maka yang menang pasti DAP.  Lihat sahaja kalimah Allah. Presiden PAS hanya melukut di tepi gantang sahaja. PKR pula hanya hangguk tanpa sebarang bantahan.

Kepada rakyat Fikir2kanlah. Jangan pertaruhkan masa depan kita dek kerana perasaan benci kerana kadang2 orang yanh dibenci itu kelak yang akan menyelamatkan kita dan menjadi kawan baik kita.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply