» » » Cita-cita Anwar melangkaui pertimbangan - Daim


SELANGOR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin risau tentang hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai pengetahuan mendalam dalam ekonomi.

Katanya beliau bimbang tentang kecenderongan ketua pembangkang itu untuk bertindak sejajar dengan Amerika Syarikat sekiranya Anwar menjadi menteri kewangan atau perdana menteri.

Daim memberi justifikasi tentang kebimbangannya dengan menarik perhatian tentang keadaan Amerika Syarikat yang kini berdepan dengan krisis, demikian juga dengan Eropah.

“Dia (Anwar) suka memihak kepada Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Beliau cuba mendapatkan Australia untuk menyokong beliau, untuk mengkritik dan mengatakan pilihan raya kita tidak adil dan sebagainya.”

Daim menjawab soalan dalam temu bual khas dengan New Straits Times samada beliau lebih risau tentang karakter Anwar ataupun dakwaan salahlaku dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Ujar beliau Anwar bercakap tentang kebangkitan Arab tetapi mengatakan bahawa “kebangkitan Arab” di sini bukannya satu revolusi malah melalui peti undi.

“Dia memberitahu dunia bahawa dia akan menang pilihan raya ini. Sekiranya Pakatan Rakyat kalah, ia kerana amalan tidak adil dan kumpulan perusuh akan adakan protes jalanan. Dia berjanji untuk tubuhkan kerajaan pada September 2008. Semua orang resah dan ramai percayakannya. Itu cara dia. Dia hanya bercakap dan berjanji. Kini, dia beritahu satu dunia dia akan menang.”

Tambah Daim menyediakan minda orang ramai  bahawa PR akan menang walaupun dia tahu ia tidak akan berlaku.

Daim mempersoalkan motif Anwar dan PR meletakkan cita-cita dan obsesinya membelakangkan kestabilan dan kemakmuran negara.

Sekiranya PR gagal ke Putrajaya, kata Daim ia akan mengakibatkan kekecohan dan dia Anwar tidak akan hiraukannya kerana cita-citanya melangkaui pertimbangan lain begitu juga PR. Klik SINI

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply