Walaupun cuba ditutup dengan penuh kepura-puraan termasuk lakonan mesra di pentas-pentas ceramah, pekung percakaran sesama pemimpin mereka sudah tidak mampu disembunyikan.
Ketika DAP berdepan krisis dalaman apabila pemimpin kanan mereka bertelagah sehingga berperang secara terbuka di laman sosial, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula terus bergelut dalam soal agihan kerusi apabila kedua-duanya berebut-rebut antara satu sama lain.
Perkembangan ini memperlihatkan betapa pemimpin pembangkang terlalu dibuai dengan impian ke Putrajaya – masing-masing mengaku mampu menjadi jagoan dalam pilihan raya kali ini.
Pengumuman Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai calon di Parlimen Bagan Serai semalam misalnya memberi tamparan hebat kepada Pas yang sejak awal-awal lagi mahu kerusi itu dikembalikan kepada parti itu lantaran masih berdendam ekoran tindakan wakil rakyat PKR, Mohsin Fadzli Samsuri menjadi wakil rakyat Bebas pada 2010.
Ketidakhadiran pemimpin Pas Bagan Serai ketika pengumuman Muhammad Nur diumumkan sebagai calon kawasan itu oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Serai Perdana semalam, dilihat sebagai protes terhadap pencalonan Pengerusi PKR Perak itu.
Difahamkan, permintaan supaya PKR membenarkan Pas kembali bertanding di DUN Alor Pongsu juga tidak dilayan.
“Meraka (PKR) sedar peranan besar Pas di Bagan Serai pada 2008, tetapi nampaknya mereka membuat keputusan sedniri. Sepatutnya soal calon ini dibincangkan lagi, bukan sengan umum begitu sahaja,” kata sumber dalaman Pas ketika dihubungi.
Desas-deesus mengenai percakaran Pas-PKR juga terserlah apabila Pemuda Pas Perak sebelum ini secara terbuka ‘menamakan’ Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohammad Nizar yang dijangka berdepan laluan sukar mempertahankan DUN Pasir Panjang setelah MIC memutuskan untuk menyerahkan semula kerusi majoriti Melayu itu kepada UMNO. Klik SINI
No comments: