» » Lemas kerana mencari kasut


Keresahan seorang ibu yang melihat sebelah kasut milik anaknya di tepi pantai akhirnya terjawab setelah anaknya ditemui terdampar di tepi Pantai Batu Burok, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Zulhilmi Syukri Mazlan, 19, dipercayai lemas ketika cuba mengambil sebelah kasutnya yang
dihanyutkan arus semasa bermain air di pantai itu, sebelum ditemui kira-kira sejam kemudian.

Ibunya, Siti Salbiah Shahidan, 54, , mereka sekeluarga iaitu suami, Mazlan Jamil, 55 dan nenek mangsa, Kamariah Sharif, 74, datang ke negeri ini untuk bercuti.

“Arwah pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan sebuah kolej di Kuala Lumpur. Kebetulan dia cuti semester dan setelah sampai di Terminal Bas Larkin, Johor kira-kira jam 8.30 malam, kami bertolak ke Kuala Terengganu.

“Kami tiba di sini kira-kira jam 6 pagi dan lepas bersarapan, kami menuju ke pantai. Arwah minta izin untuk bermain air, dan saya pula ke tandas sementara suami dan ibu hanya menunggu di kereta,” katanya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Bagaimanapun, dia tertanya-tanya setelah mendengar orang ramai berkata ada orang lemas, sebelum mengajak suami ke pantai.

Dia resah setelah melihat sebelah kasut anaknya di tepi pantai, dan setelah mendekati mangsa lemas di tepi pantai itu, barulah dia menyedari mangsa adalah anaknya sendiri.

Nenek mangsa berkata, arwah ada datang ke kereta, sebelum menukar seluar dipakainya dan memaklumkan, ingin mencari kasutnya yang dihanyutkan air.

“Semasa dalam kereta, saya dengar orang bercakap tentang lelaki lemas, namun tidak terlintas dalam fikiran, ia cucu saya sendiri,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sentosa, Masai, Johor sebaik urusan bedah siasat selesai dijalankan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.-sinar harian

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply