» » » Lahad Datu: Kiramm III Dakwa Perjuangan Mereka Adalah JIHAD



Jamlul Kiram juga bertemu dengan sukarelawan undang-undang yang boleh membantu dirinya menghadapi tekanan keatas tuntutan hak proprietari keatas Sabah di rumah kediaman beliau.

"(Pengakhiran kepada konflik ini) bergantung (tetapi) kita sentiasa berserah diri kepada Allah yang maha kuasa. Membawa maksud, ia adalah beberapa jenis jihad," katanya kepada pemberita antarabangsa.

Abrahan Idrijani, adik ipar Kiram III dengan pantas mencelah dan menjelaskan, Kesultanan Sulu adalah merujuk kepada "pertempuran undang-undang" dalam menegaskan tuntutan pemilikan mereka ke atas Sabah.

Idrijani, yang juga Setiausaha Kesultanan Sulu, menjelaskan bahwa puak Kesultanan Kiram telah memilih jihad dalam bentuk "berjuang untuk hak."

"Terdapat banyak bentuk jihad. Ini jihad adalah dalam bentuk berjuang hak (undang-undang). Ini bukan untuk berperang, " tegas Idrijani.

"Kesultanan kini melaksanakan jihad untuk melawan hak (undang-undang) ke atas wilayah Sabah," tegas beliau bagi pihak Kiram

Pada Jumaat lalu, Sultan Kiram III bertemu dengan pakar undang-undang antarabangsa Marwil Llasos, yang membantu menulis buku bertajuk "Tuntutan Filipina atas sebahagian Borneo Utara: Dokumen, Bahan, dan Kes" pada tahun 2003.

Kiram III menegaskan bahawa, pengakhiran perang dingin ini akan dibawa ke muka pengadilan antarabangsa bagi memastikan sebahagian Sabah kembali ketangan Sulu. Ini membawa maksud bahawa, Sultan Kiram III ingin melibatkan mahkamah antarabangsa sebagai penentu hak sebenar Sabah.

Berjuang dalam bentuk undang-undang, adalah antara punca mengapa "Sultan Kiram III" ingin melibatkan Amerika dan Britain didalam kes pencerobohan ini. Namun kemampuan itu tersekat apabila, tindakan Malaysia yang bijak untuk tidak menghantar institusi ketenteraan dahulu untuk menjaga keamanan semasa ketibaan pengganas. Sebaliknya, kerajaan Malaysia menghantar unit komando polis (VAT-69) sebagai langkah awal menangani isu pencerobohan Ladah Datu yang sudah pun masuk minggu ke empat.

Selepas 2 tawaran kerajaan Malaysia kepada pengganas Sulu gagal dipatuhi dalam tempoh 72 jam,  kerajaan terpaksa menghantar Rejimen Askar Melayu Diraja untuk membantu unit Komando (VAT-69) didalam operasi Ops Daulat.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply