» » » LAHAD DATU: Polis Tembak Mati Remaja Sulu Di Zon Larangan


Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi.

Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. 

Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, polis terpaksa melepaskan tembakan kerana situasi tegang dan merbahaya di saat itu.

Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.

Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar.

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap.

Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.

Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Sebelum ini pihak polis telah memberi arahan kepada penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus
menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terlibat ini. Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply