ADAKALA ulang tahun peristiwa bersejarah mengulangi tuntutan maaf. Demikian halnya pada 9 April lalu yang dilaporkan antara lainnya oleh akhbar Times, London. Tajuk beritanya Moors want an apology after 400 years: Expulsion first ethnic cleansing of Europe.
Moors ialah panggilan bagi orang Islam di Sepanyol yang mereka perintah selama hampir tujuh abad hingga tewas kepada bala tentera Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella pada tahun 1492. Warga Moors itu berasal dari Maghribi.
Laporan bermula mengenai sikap Sepanyol masih keberatan untuk memohon maaf kerana apa yang berlaku di masa lampau. Cerita bersambung: Empat ratus tahun dulu hari ini (9 April) Raja Philip menandatangani perintah untuk mengusir 300,000 Moriscos masih serba sedikit Islam - yang dulu Islam. Selama lima tahun berikutnya beratus ribu orang mati setelah diusir dari rumah mereka di Sepanyol ke Afrika Utara ketika memuncaknya tindakan Inquisition pihak Sepanyol.
Menurut laporan tersebut sebilangan penulis Islam dan aktivis Sepanyol serta Maghribi berpendapat bahawa telah tiba masanya pihak berkuasa Sepanyol memohon maaf. Ulang tahun peristiwa masa lampau itu menandakan kesekian kali hubungan tidak begitu mesra di antara Sepanyol zaman moden dengan pihak Maghribi atau warga Islam umumnya.
Selepas kemenangan Ferdinand dan Isabella beratus ribu warga Islam yang terus bermastautin di Sepanyol dipaksa masuk agama Kristian tetapi ramai yang terus menggunakan nama-nama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.
Menurut para sejarawan beratus mati manakala dipaksa pindah ke Afrika Utara selama lima tahun berikutnya setelah Raja Philip mengeluarkan perintah menghalau mereka pada 9 April 1609. Demikian berapa catatan masa lampau. Seperti juga disebut semasa pemerintahan Islam di selatan Sepanyol tidak adapun kaum lain, Kristian atau Yahudi, dipaksa masuk agama Islam.
Jatuhnya pemerintahan ialah kerana perpecahan di kalangan orang Islam sendiri, umpamanya di antara Boabdil dengan lagi Grenada. Pemberontakan berlaku di kalangan rakyat terhadap Boabdil kerana berunding menyerah kalah kepada Ferdinand dan Isabella.
Menurut yang punya cerita Boabdil kemudian berundur dari wilayah pemerintahannya. Ia singgah di lereng sebuah bukit yang kemudian diberi nama The Last Singh Of The Moors lalu menangis.
Ibunya yang marah dengan sikap beralahnya lalu menyindir: Kau menangis seperti perempuan kerana tidak mempertahankan sesuatu seperti seorang lelaki.
Boabdil mati dalam satu pertempuran lain di Afrika Utara. Mengenai dirinya dikatakan: Beliau mati dalam satu perjuangan lain, tetapi takut mati dalam perjuangan diri sendiri.
Mengenai negeri al-Andalus yang pada beberapa ketika begitu indah ialah cerita berikut: Ketika Tuhan mengisi kekosongan di bumi al-Andalus, lima permohonan diajukan - langit terang benderang, lautan indah yang penuh dengan ikan, pokok-pokok dengan pelbagai buah-buahan, para wanita yang cantik dan sebuah kerajaan yang adil. Kesemua, kecuali yang terakhir dikurniai oleh Tuhan. Sebabnya, manakala yang lain-lain itu dikurniai serta juga kerajaan yang adil, maka Andalusia mungkin menyaingi syurga.
Kisah ini dibawa oleh seorang penulis Barat. Tajuknya: The Rise and Fall of Paradise: When Arabs and Jews built a kingdom in Spain.
Dari Andalusia yang permai lahirnya muzik flamenco, kerana adanya campur-aduk muzik Sepanyol dan Arab. Seperti kemudian dicatat: Flamenco lahir ketika Arab, Yahudi dan Kristian bermesra satu sama lain.
Dalam keadaan masa kini bilangan warga Islam telah merebak di beberapa negara Eropah: 1.6 juta di Britain, satu juta di Itali, 4 hingga 5 juta di Perancis (kira-kira 7 peratus daripada jumlah penduduk).
Di Britain sebuah pertubuhan hak asasi Islam di London menyebut tentang 344 tindakan ganas anti-Islam selepas peristiwa 11 September 2001. Di Itali beberapa tokoh politik, termasuk Perdana Menteri Silvio Berlusconi melafaz kenyataan anti-Islam. Ada yang berkata pendatang Islam bahaya bagi negara Itali.
Di Perancis pula wanita Islam bertudung menjadi masalah. Hal yang sama juga berlaku di negeri Jerman.
Apakah akan berlaku lain-lain hal terhadap warga Islam. Apakah juga nanti akan wujud sesuatu yang menyamai Alhambra di Sepanyol? Klik SINI
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: