» » » MANIFESTO PR : HUDUD MENJADI BACKFIRE KEPADA PENGUNDI BUKAN ISLAM




Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS yang langsung tidak menyentuh isu HUDUD, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan HUDUD.

PAS apabila bersama orang Melayu dengan lantangnya menyanyikan lagu irama Islam dan hudud tetapi apabila bertentang mata dengan Karpal, Guan Eng dan Kit Siang segala jubah dan serban hanyalah drama telenovela semata.

Tidakkah rakyat tidak melihat segala sandiwara yang wujud dalam pakatan. Buku Jinggay hanyalah kitab karangan untuk menggula-gulakan rakyat. Manifesto pula hanyalah sekadar omongan kosong yang mana mereka tiada niat untuk melaksanakannya kerana bagi pemimpin pakatan manifesto bukan janji.

Jadi sekiranya dalam kempen PRU 13 nanti mereka bercakap soal manifesto tak payahlah nak terpengaruh kerana ia hanyalah lakonan opera pemimpin pakatan untuk mengaburi mata rakyat.

Hasrat mereka hanyalah satu iaitu menjatuhkan BN dan merampas Putrajaya. Ayat dan kiasan seumpama itu hanya lahir daripada mereka yang berniat jahat kepada orang lain dek kerana hasad dan dengki.


Manifesto yang dibentangkan PR tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”. - DATO' DR. HASAN BIN MOHAMED ALI

Renung dan fikir-fikirkanlah...

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply