» » » Niz Aziz tak perlu ziarah jenazah askar terkorban - Suara Pakatan Rakyat

SEPERTI yang disentuh sepintas lalu dalam artikel sebelum ini, seorang askar telah mati dalam pertempuran dengan tentera diraja Sulu pagi tadi.  Laman ini mendapat maklumat ada 2 askar yang mati, tapi dilaporkan sebentar tadi, satu sahaja – seorang prebet berasal dari Kelantan.

Satu atau dua bukan masalah, askar memang dibayar untuk menghadapi risiko seumpama ini, kalau taknak kena tembak, cari kerja lain, masuk askar buat apa?

Lagipun sejak tahun 2000, inilah kali pertama seorang askar mati dalam pertempuran yang sebenarnya, sementara itu wang  rakyat mengalir juga untuk bayar gaji dan kemudahan yang lain sebagai tentera tanpa gagal.

Cuma ia bakal  jadi masalah bila laman ini dimaklumkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu turut serta menyambut ketibaaan mayat anggota tentera itu bila ia tiba nanti.

Seperti yang semua orang tahu, melainkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Pengkalan Udara Subang kelmarin, tidak ada pemimpin utama Pakatan Rakyat yang terlibat menyambut mayat anggota keselamatan yang mati sebelum ini.

Tindakan ini bukan bermotifkan politik, tapi untuk menunjukkan kesatuan pemimpin Pakatan Rakyat dalam menyokong kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa kejadian ini adalah hasil dari sandiwara UMNO.  Pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu turut sama dalam sandiwara ini, biar kerajaan BN saja yang menguruskannya.

Lagipun seperti yang disebutkan sebelum ini, askar yang mati tersebut bukan mati syahid!!  Maka itu tidak ada keperluan untuk Nik Aziz dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang lain, menyambut ketibaan mayat atau bersama-sama dalam upacara sembahyangnya nanti.

Pakatan Rakyat mahu keadaan itu dikekalkan.  Tidak guna hadir kalau perhatian dalam majlis itu nanti, hanya diberikan kepada para pemimpin BN dan tentera.  Nik Aziz adalah seorang pemimpin besar kerajaan negeri dan PAS sendiri, tidak sewajarnyalah beliau diketepikan seperti mana Tan Sri Khalid di Subang tempoh hari.

Dalam kejadian di  Subang, walaupun beliau adalah Ketua Kerajaan Negeri Selangor merangkap Menteri Besar, kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan.  Sebaliknya pemimpin UMNO yang tidak ada jawatan dalam kerajaan pula mendapat lebih perhatian dan penghargaan untuk berada di depan (rujuk gambar dibawah).

Cukuplah sebelum ini kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat ‘bergegar sedikit’ akibat beberapa percanggahan kecil antara pemimpin seperti dalam isu kalimah Allah dan sebagainya.

p/s Laman ini yakin anggota berkenaan selepas ini akan dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal, sama seperti kes-kes sebelumnya.

NR- apa punya doktrin yg telah diajar oleh pemimpin pakatan kepada pengikutnya sehingga begini tetuk mentaliti pengikutnya.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

4 comments:

  1. Tak mengapa kalau Pemimpin Pakatan Rakyat rasa ini semua sandiwara Umno dn Bn.Teruskan lah dgn sikap yang sedia ada. Percayalah, PRU 13 ini, Pakatan Rakyat tinggal nama. Rakyat biasa tk kira keturunan menghargai pengorbanan askar-askar dan polis ini. Cuma mereka jgn lupa satu perkara, jika mereka inginkan sokongan rakyat bersatulah bersama kerajaan BN dlm soal kedaulatan negara, klu tidak bermakna mereka akan menerima akibatnya dari rakyat jelata. dan jgn lupa satu perkara lagi, andai kata mereka dpt memerintah, mereka ( PR ) tetap memerlukan askar dan polis, yang mana mereka telah katakan sebagai sandiwara. Jangan meludah ke langit.

    ReplyDelete
  2. "Satu atau dua bukan masalah, askar memang dibayar untuk menghadapi risiko seumpama ini, kalau taknak kena tembak, cari kerja lain, masuk askar buat apa?

    Lagipun sejak tahun 2000, inilah kali pertama seorang askar mati dalam pertempuran yang sebenarnya, sementara itu wang rakyat mengalir juga untuk bayar gaji dan kemudahan yang lain sebagai tentera tanpa gagal".

    ....

    aku jenis susah nak marah...
    tapi bila aku baca statement kau ni, aku rasa marah sangat...

    letak diri sebagai salah ahli keluarga askar yang terkorban.
    apa perasannya kalau diorang baca statement ni?

    sensitiviti encik. sensitiviti.

    ReplyDelete
  3. Betul biadap lah drg ni..tak kira lah ko sapa yg Mati tu seorg Islam dan berjuang mempertahankan Negara apa salah klu hormat Mayat dia..

    ReplyDelete
  4. Teoh beng hock,kugan,altantuya barulah mati syahid.Setakat jadi anj*** umno syahid apa kejadahnya.Begitu anggapan rata2 pencacai pakatan yang telah disesatkan oleh imam2 agama politik mereka.

    ReplyDelete