Semalam, bertempat di 'coffee house' Felda Residence, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi dengan penuh ikhlas menjemput Tian Chua dan Chegu Bard untuk datang ke Lahad Datu.
Menurut YB Haji Salleh, beliau terpanggil untuk menjemput Tian Chua dan Chegu Bard datang ke Lahad Datu semata-mata ingin supaya kedua pemimpin pakatan haram ini melihat sendiri keadaan sebenar di sini. Tegas YB Haji Salleh Kalbi, Tian Chua dan Chegu Bard tidak perlu jadi jaguh politik songsang dan jaguh kampung yang hanya tahu berkokok di luar gelanggang dengan menabur fitnah pada orang kampung di pentas ceramah.
"Datang dan lihat sendiri", jelas YB Haji Salleh, Ahli Parlimen Silam.
Adalah suatu perkara yang tidak munasabah bila Tian Chua yang kononnya sebagai pemimpin rakyat terus menyerang UMNO dengan mengatakan apa yang terjadi di Lahad Datu merupakan konspirasi UMNO. Pengorbanan Anggota Keselamatan seolah-olah dilihat sebagai modal politik murahan pihak pakatan haram katanya.
Malah lebih memalukan sebagai seorang penceramah parti, Chegu Bard cuba melonjakkan nama sendiri dalam mengejar populariti di kalangan 'ahli politik' dengan mengeluarkan kenyataan bodoh bahawa tiada satu pun mayat pengganas seperti yang digambarkan oleh pihak keselamatan negara. Seolah-olah inaya satu lakonan drama yang dicipta oleh Kerajaan BN.
Apakah Tian Chua dan Chegu Bard terpaksa membaca skrip yang ditulis seseorang ? seperti yang terjadi kepada Hadi Awang ketika membuat kenyataan rasmi bahawa Pas menyokong Kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa saja ?
Sindrom baca skrip ini juga berlaku kepada Ayah Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim. Ayah Saiful akhirnya menyertai parti Anwar dan isterinya. Ketika melafazkan kenyataan bahawa Saiful digunakan oleh UMNO, Ayah Saiful juga membaca skrip.
Skrip yang digarap agar apa juga kenyataan yang keluar dari mulut mereka ini tidak lari dari kehendak "master mind'.
MI ketika bersama media yang lain mendengar dengan jelas bahawa YB Haji Salleh Kalbi bukan sekadar mengajak Tian Chua dan Chegu Bard dengan ajak ajak ayam. Menurut YB Haji Salleh, beliau menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makan dan minum sepanjang berada di Lahad Datu malah akan menyediakan segala kemudahan dan akan memastikan keselamatan Tian Chua serta Chegu Bard.
"Tak perlu takut untuk datang melihat kebenaran" ujar Yb Haji Salleh. "Saya jamin keselamatan anda berdua.." tambahnya lagi.
Masih banyak mayat pengganas yang belum di keluarkan dan Tian Chua serta Chegu Bard kalau bernasib baik boleh melihat sendiri mayat-mayat pengganas di Hospita Lahad Datu.
"Kalau nak rasai bagaimana suasana medan perang pun saya insyaallah akan uruskan.."
MI harap Tian Chua dan Chegu Bard tidak menolak peluang keemasan ini. Sekali seumur hidup dan kalau bernasib baik boleh melawat pengganas yang masih hidup yang ditangkap oleh Anggota Keselamatan.
No comments: