Persoalan yang menarik untuk diperkatakan.
Bersandarkan pada ucapan PM malam tadi dalam taklimat pencapaian ekonomi negara yang disiarkan secara langsung dari auditorium Perdana Angkasapuri melalui siaran TV1 dan TV3 maka Kesimpulannya PM akan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke 13.
Betul atau tidak PM akan umumkan hari ini? Kita tungguuuuu. .. kerana pembayangnya sudah jelas dalam setiap bait-bait ucapannya tadi...
Dalam ucapannya tadi juga telah perlihatkan akan keyakinan beliau bahawa BN akan terus kekal menerajui kerajaan dan beliau berharap rakyat terus memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang baik dan cemerlang dan bukannya sebuah kerajaan yang tahu berjanji dan tidak pernah menunaikan janjinya.
No comments: