» » » "Puaka Rosmah Punca Bala Mati"


Balasubramaniam-Punca-Altantuya-Terbunuh
Ikuti laporan "menakutkan" suarapakatanrakyat ekoran berita kamatian PI Bala. Rakyat wajib tahu keceluparan penulis suarapakatanrakyat.

PENYIASAT persendirian P Balasubramaniam dikhabarkan sebentar tadi telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Laman ini difahamkan, turut bersama-sama dengan beliau semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan Chegubard.
Beberapa hari sebelum ini, Bala telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya kerana masalah jantung tetapi telah keluar tidak berapa lama selepas itu setelah doktor yakin dengan keadaan kesihatannya.
Laman ini yakin, walaupun sakit jantung dipercayai sebagai punca kematian Bala, tapi ia tetap menimbukan persoalan dikalangan rakyat Malaysia berikutan status Bala sebagai orang yang paling aktif terlibat dalam pembongkaran misteri pembunuhan model Mongolia, Altantunya Sharibuu pada 2006 yang turut membabitkan nama-nama besar dalam politik negara kita.
Apatah lagi sebelum ini, Chegubard pernah mendakwa Bala disihir pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kepulangannya dari India setelah beberapa tahun menghilangkan diri. Kenyataan itu dibuat beliau ketika Bala dimasukkan ke hospital buat kali pertama pada 10 Mac yang lepas. Bala bagaimanapun menafikan beliau dimasukkan ke hospital kerana disihir, sebaliknya kerana masalah jantung.
Bagaimanapun, dengan kematian mengejut Bala hari ini, laman ini merasakan teori bahawa Bala disantau atau disihir itu perlu diperhalusi semula. Rakyat jangan lupa, ahli perniagaan Deepak Jaikirshan sebelum ini pernah menulis di dalam buku ‘Black Rose’ bahawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur memang terlibat dengan perkara-perkara melibatkan sihir dan ilmu hitam sebelum ini.
Perkara ini tidak pernah diberi perhatian oleh sesiapa sebelum ini kerana faktor seperti tidak masuk akal dan sebagainya, tapi selepas kematian mengejut Bala sebentar tadi, laman ini yakin Rosmah dan puakanya memang ada peranan dimana-mana sehingga menyebabkan kematian Bala. Perlu juga diingat, kelmarin, Rosmah turut mengadakan upacara sembahyang hajat, kononnya untuk mendoakan keselamatan anggota tentera di Sabah.
Mungkinkah Rosmah bukan sahaja mendoakan keselamatan askar tetapi turut mengambil kesempatan dengan meminta kematian Bala? Ini satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak begitu sahaja,
Pakatan Rakyat perlu pro aktif dalam mencari punca sebenar kematian Bala. Laman ini yakin Bala tidak mati begitu sahaja tapi ada punca dan sebab-sebab tertentu, sama ada halus ataupun kasar.
Dengan kematian Bala, Malaysia sebenarnya kehilangan seorang hero yang berani mempertaruhkan keselamatan dirinya sendiri demi satu kebenaran. Satu penghormatan negara perlu diberikan kepada Bala atas jasa-jasanya yang tidak ternilai.
Takziah - Sumber - suarapakatanrakyat

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply