» » Adegan ranjang: Mustaffa Ali kekal

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.

Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.

Sumber Sinar

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply