» »Unlabelled » EKSKLUSIF PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (Part 25)



KEPUTUSAN Fong Po Kuan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mungkin mengejutkan para pengundinya di Parlimen Batu Gajah yang memilihnya sebagai wakil rakyat sejak 1999.
Tetapi jika diimbas cabaran getir Po Kuan dalam mengharungi sepak terajang politik dalaman DAP, tindakan pemimpin muda itu bukan sesuatu yang luar biasa, malah sudah boleh diduga sejak awal lagi.
Menjadi ahli Dewan Rakyat pada usia 26 tahun serta kelantangannya bersuara dalam pelbagai isu menjadikannya aset penting DAP. Bagaimanapun bagi segelintir pemimpin atasan DAP, 'aura' kepimpinan Po Kuan adalah satu ancaman yang cukup besar.
Realitinya, Po Kuan adalah antara politikus yang menjadi mangsa amalan cantas mencantas - budaya yang mewarnai sejarah 47 tahun penubuhan parti itu yang diasaskan Penasihatnya, Lim Kit Siang.
Nama-nama seperti Dr. Kua Kia Soong, Lee Ban Chen, Goo Hock Seng, Lee Lam Thye dan Sim Kwang Yang adalah antara barisan pemimpin DAP yang terpaksa 'dikorbankan' demi menjamin kelangsungan politik pemimpin atasan DAP.
Dalam kes Po Kuan misalnya, usaha untuk menyingkirkannya daripada arus perdana politik negara bukanlah sesuatu yang baru.
Pada 2008 misalnya, Po Kuan menarik diri bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 kerana tidak senang dengan politik dalaman DAP Perak yang berusaha menghantarnya bertanding di Johor - usaha yang dilihat bertujuan menamatkan karier politiknya.
Bagi memastikan momentum DAP dalam pilihan raya ketika itu tidak terencat, usaha tersebut gagal apabila Kit Siang berjaya memujuk Po Kuan untuk terus bertanding dan berjaya mempertahankan Batu Gajah.
Namun, usaha itu kali ini berjaya selepas Po Kuan yang disebut-sebut diarahkan bertanding di sebuah kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor, semalam membuat pengumuman berundur terus daripada PRU-13.
Apa yang pasti, usaha memujuk Po Kuan tidak akan berlaku lagi kali ini lantaran DAP begitu yakin mengharungi pilihan raya umum akan datang tanpa memerlukan 'aura' daripada pemimpin seperti Po Kuan.
Bagi pemerhati politik, keputusan Po Kuan itu bakal mengukuhkan lagi cengkaman kepimpinan DAP di Perak yang diterajui Datuk Ngeh Koo Ham - pemimpin yang sudah diketahui tidak sehaluan dengan Po Kuan.
Ketika DAP masih berteka-teki dan tidak mengumumkan sepenuhnya calon dalam pilihan raya umum akan datang, nasib beberapa lagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Koo Ham terus menjadi tumpuan.
Antaranya ialah Naib Pengerusi DAP merangkap penyandang kerusi Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran - seorang lagi pemimpin kanan DAP yang begitu lantang mengkritik kepimpinan Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Perseteruan antara Kulasegaran dan Koo Ham mencetuskan spekulasi pemimpin kaum India itu juga bakal 'dikorbankan' dengan menghantarnya bertanding di kubu kuat BN di Johor.
Adakah Kulasegaran bakal mengikut jejak Po Kuan atau terus tegar melawan arus dalaman DAP untuk kekal di persada politik dalam pilihan raya umum akan datang?
Hanya masa akan menentukan.

DAP merupakan sebuah parti rasis yabg berselindung di sebalik demokrasi?

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply