» » Eksklusif PRU 13: Perkara yang rakyat wajib tahu (part 14)



PKR memiliki seorang pemimpin yang hebat. Hebat kerana mampu melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Umum tanpa perlu dipilih oleh ahlinya. Presidennya pula merupakan isteri kepada ketua umumnya manakala anaknya pula menjawat jawatan sebagai naib Presiden ketika ini. Pemimpin utana PKR ini juga hebat kerana satu-satunya pemimpin yang boleh pukul depan dan belakang sama ada lelaki mahupun wanita seperti mana dakwaan bekas rakan karibnya Datuk Nallakaruppan.


Tabiat ini pula sudah pun melingkari sekutu PKR iaitu Pas. Walaupun pemimpin belum lagi dikesan terlibat dengan aktiviti biseksual namun Pas lebih berani sehingga "meliwat agama Allah", "meliwat kalimah Allah" dan pemimpin-pemimpin Pas ini menggunakan ilmu agama yang ada untuk kepentingan politik sempit pemimpin khawarij dan syiah dalam Pas.

Seorang Ketua Dewan Pemuda cawangan Pas dan beberapa ahlinya hari ini mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut kerana kecewa berhubung isu kalimah Allah.


Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Pengkalan Bujang, Merbok, Mohd. Khalid Abdul Hamid, 34, menyifatkan pucuk pimpinan Pas tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu tersebut.

"Lagipun perjuangan Pas ketika ini menyimpang daripada dasar sehinggakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhydidin Yassin sendiri mengelar Pas sebagai parti ajaran sesat," katanya di sini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman mengenai isu kalimah Allah di Masjid Gurun di sini yang disertai kira-kira 100 ahli Pas dan penduduk tempatan.

Berikutan itu, Mohd. Khalid menyeru semua ahli Pas di seluruh negara agar mengambil tindakan berani iaitu meninggalkan perjuangan Pas.


Katanya, dia sendiri sedang berusaha untuk menarik antara 1,000 dan 2,000 Pemuda Pas di kawasan Merbok keluar daripada parti berkenaan.

"Saya yakin dan percaya, selepas ini kedudukan Pas kawasan Merbok pasti tidak mendapat sambutan lagi. Saya sedia menyertai UMNO sedikit masa lagi kerana perjuangan parti itu lebih ikhlas berbanding Pas," katanya.


Mohd. Khalid juga meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera termasuk mengharamkan Pas selaras dengan kenyataan Muhyiddin terhadap parti tersebut.

"Jika kes ini masih dibiarkan dan tanpa pemantauan, ia bakal meninggalkan kesan buruk kepada umat Islam di negara ini," katanya.-Utusan Online




About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply