» » Eksklusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (Part 15)


Kewujudan ribuan rumah urut menyebabkan masalah moral remaja kian meruncing.



Apa saja kemelut yang berlaku di negeri Pakatan Pembangkang adalah manifestasi bahawa bukan semua orang boleh dan pandai dalam urusan pentadbiran negeri mahupun negara. Dalam tempoh itu semua kerajaan negeri pakatan hanya mampu berpolitik semata tanpa mampu untuk membela nasib rakyat.

Mana tidaknya saban hari kita mendengar rintihan majoriti rakyat terutamnanya di Selangor sebuah negeri yang kaya tidak mampu untuk menunaikan janji-janji dalam pilihanraya yang lalu di samping masalah moral yang dihadapi oleh beberapa pemimpin utama mereka. Natijahnya rakyat yang merasai kesan buruknya.

Gambar Hiasan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE





About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply