» » » Lahad Datu gambaran sekiranya pakatan memerintah?


SEMBILAN kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian pengganas Kiram sepanjang Operasi Daulat telah disahkan bersih daripada ancaman pengganas terbabit. Sehubungan itu penduduk yang terpaksa lari menyelamatkan diri kini mula pulang kecuali penduduk Kampung Tanduo yang ditutup.

Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian kini meninggalkan pusat penempatan sementara untuk pulang ke kampung masing-masing.

Apa yang jelas, tidak semua rumah dapat diduduki. Lumrah kesan pertempuran, banyak juga rumah yang rosak malah ada yang musnah sama sekali termasuklah kerana dibakar oleh pengganas. Pemilik rumah ramai yang berendam air mata akibat kemusnahan rumah mereka. Mereka tiada lagi tempat berteduh, menyebabkan terpaksa terus berada di tempat penempatan sementara waktu. Suasana pilu jelas sekali pada mereka yang berkenaan.
Itulah kesan daripada suasana yang tidak aman. Tiada sesiapa pun mahukan kejadian seperti di Lahad Datu itu menimpa kampung yang mereka diami, apalagi sehingga memusnahkan apa yang mereka miliki.

Namun, insiden di Lahad Datu itu setidak-tidaknya membawa mesej yang cukup kuat tentang keamanan dan kedamaian. Betapa, segala-galanya boleh musnah dalam sekelip mata jika keamanan yang kita nikmati diragut seperti yang berlaku di Lahad Datu itu. Ketika itu kita akan tersedar betapa besarnya erti keamanan yang kita nikmati selama ini. Tiada sesiapa pun mahu melihat apalagi terjebak dalam kemusnahan seperti itu.

Justeru sama-samalah kita pelihara keamanan yang telah diciptakan untuk kita semua. Jangan musnahkannya demi kesejahteraan hidup kita, anak serta cucu cicit kita kelak.- Awang Selamat


PS: Setuju dengan pandangan Awang ni. Gerakan dan cara pakatan untuk mengambil alih kerajaan daripada BN nampaknya lebih menjurus ke arah yang negatif iaitu banyak rangkaian siri demonstrasi yang diadakan telah menggugat kehidupan seharian rakyat. Tempat berlaku demonstrasi tiada kegiatan ekonomi yang boleh dibuat dengan baik kerana takut akan berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa mereka.


Tragedi Lahad Datu telah memberi pengajaran yang amat berguna kepada rakyat Malaysia bahawa Segala apa yang dibina hari ini boleh lenyap dalam sekelip mata jika keamanan dan kestabilan yang ada hari dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Terpulanglah kepada rakyat untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada ataupun mimpikan sesuatu yang belum pasti.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply