» » » #PRU 13: Ingat Dok Lagi? Kesesatan yang nyata!!!


PAS Parti ajaran sesat, ada pihak berasa tidak puas hati dan tercabar dengan kenyataan seperti itu, terutama apabila MB Terengganu sendiri yang menyebut perkara itu.

Di pihak UMNO, pelbagai tuduhan liar kepada mereka termasuk dituduh kafir pun. Kita tentu masih ingat amanat atau ucaoan Presiden PAS haji hadi tang berbunyi, "Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, bukan kerana namanya BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah... Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ni, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

Ucapan Haji Hadi yang manyatakan menentang dan berlawan dengan UMNO mati syahid ini tidakkah suatu bukti ajaran yang bertentangan dengan Islam... Mengkafirkan sesama Islam?

Tetapi sekarang ini, kalau kita lihat dalam buku jingga ms 23, Dasar Bersama Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan yang difatwakan tidak Islam dan menjadi kafir orang UMNO kerana mendokong perlembagaan itu. Haji hadi, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menandatangani buku itu.

Bagaimana kedudukan Haji hadi sendiri yang mempertahankan perlembagaan yang dikatakan perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah itu, berbanding dengan ucapan amanat sebelumnya (1981).

Itu hanya satu hujah tentang betapa sesatnya ajaran dan fatwa yang dibuat sesuka hati. Banyak lagilah fatwa dan ucapan-ucapan karut kalau dihimpun kesesatan-kesesatan yang dibawa.

Kesannya termasuklah, berbalah dan putus silaturrahim sesama keluarga Islam, tidak makan sembelihan, sembahyang dua imam, pergaduhan hingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Oleh itu, apa yang dikatakan oleh MB Terengganu itu adalah tepat dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Semoleknya lebih ramai ulamak dan cerdik pandai tampil memberi huraian bagi sama-sama membetulkan keadaan atas nama kebenaran.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply