» » Wakil rakyat pembangkang dapat 130 ekar tanah...


Pembangkang Terengganu barang kali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu, mereka pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar untuk  wakil rakyat mereka.

Kedua-dua mereka adalah doktor perubatan dan isterinya doktoe gigi.

Walaupun mereka menyatakan mereka berhak mendapatkannya kerana atas nama syarikat, tetapi syarikat ini dimiliki oleh mereka berdua suami isteri.

Baru-baru ini Pas Terengganu membuat dakwaan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen BN dikurniakan tanah di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa wakil rakyat UMNO BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.

Bagaimanapun bila ditanya secara lengkap oleh pemberita sewaktu sidang media berkaitan, beliau gagal menjelaskan, sebaliknya berkata tanah kerajaan berkenaan yang didakwa kebanyakan di kawasan pantai Terengganu.

Sebenarnya dengan dakwaan itu akan memercik kembali ke muka sendiri kerana ketika zaman Pas dahulu kejadian ini berlaku.

Tanah yang diberikan itu ialah di Mukim Rassau, Daerah Dungun dengan kategori penggunaan tanah ialah pertanian.

Oleh itu, pemimpin pembangkang perlu ingat pepatah Melayu, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Kalau pun ada sesetengah wakil rakyat BN yang perolehi sekalipun, kadang-kadang diperolehi semasa mereka menjadi kakitangan awam seperti Pegawai Tadbir atau Pegawai Tadbir Agama.

Mereka hanya diberi anugerah tanah tapak lot untuk rumah sahaja, bukan ratusan ekar seperti yang diperolehi wakil rakyat Pas.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply