» » #PRU 13: Kenali calon BN di P.037 Marang


Bagi merampas kembali dan untuk menggempur kerusi yang kononnya menjadi kubu kuat Pas di P.037 Marang, BN kali ini telah menampilkan seorang tokoh tempatan yang sudah pun dikenali ramai di Marang.


Beliau yang dimaksudkan ialah Dato' Haji Yahya bin Khatib Mohamad, (gambar) berusia 56 tahun merupakan anak jati Marang, berasal dari Kg. Binjai Rendah, Marang.

Lahir tanggal 15 September 1957 di Kg. Binjai Rendah, Marang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa (1963-1969). Kemudian telah menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang (SRP), (1970-1973). Seterusnya beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1974-1978) sehingga tamat SPM dan STP.

Setelah tamat Pengajian di peringkat STPM, calon P.037 BN ini telah melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam (Kepujian) (1979-1983).

Sebelum menceburi bidang politik beliau pernah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara dan Tenaga Nasional Berhad (1983-2004) dan jawatan terakhir beliau ialah Pengurus Kanan, Pentadbiran Sumber Manusia, Tenaga Nasional Berhad Wilayah Timur.

Perkongsian hidup beliau dengan To'Puan Hajjah Rosnani Ngah telah di kurniakan 12 orang cahaya mata.

Mula berkecimpung dalam politik sejak tahun 1999 sebagai Ketua UMNO Cawangan Bukit Guntong. Pernah menjawat jawatan AJK UMNO Bahagian Marang, Setiausaha UMNO bahagian Marang, Pengerusi Penyelaras DUN Pengkalan Berangan dan sekarang beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Marang.

PS:// Ada orang takut untuk bertanding kerusi panas P.037 Marang ini kerana kononnya walau siapapun calon yang BN tampilkan pasti akan menemui kekalahan kerana Marang dianggap kubu kuat PAS.

Pada hemat rakyat Pada PRU 12 Pas menerusi Presidennya hanya menang kerusi P.037 dengan majoriti 2747 undi sahaja. Tidak selayaknya seorang presiden sebuah parti politik hanya menang dengan majoriti tidak sampai 5000 undi. Sungguh lemah pada pandangan rakyat seorang presiden hanya mampu menang hanya sebanyak itu.

Sebab itulah rakyat berpandangan tidak mustahil presiden Pas ini mampu sekali lagi ditumbangkan kerana calon yang BN tampilkan kali ini bukan calang-calang calon kerana beliau berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan Islam disamping mempunyai anak seramai 12 orang hanya dengan seorang isteri. Wah hebat tu.. Insya Allah Vote4BN... Allahu Akbar

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply