6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap hari ini telah tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan. Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000. 6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong, Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor. Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati. Ramai yang ingin melihat ‘ikan yang lebih besar’ ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya ‘lekat di celah gigi’ yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa. Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan. Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ‘ikan besar’. Apatah lagi dengan pendedahan mengenai ‘perjanjian’ antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia. Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat. Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato’ Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya. Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13. Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato’ Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju. Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan. Keduanya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara. Ketegasan Dato’ Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah. Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ‘ikan besar’ tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi. Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara. Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ‘ikan gergasi’ ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini. Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya. Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan. Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri.
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
kenapa anak ikan kena dakwa, tapi bapak ikan tak kena. jawapannya sebab anak ikan bodoh. kalau didapati bersalah, lagilah bodoh.
ReplyDeletebapak ikan tak kena dakwa kerana pandai sembunyikan bukti, dan manipulasikan anak2 ikan yg bodoh. sebenarnya jawapannya sama utuk kes jenayah yang lain. amat susah nak cari bukti untuk dakwa ketua pengedar dadah walaupun sudah dikenal pasti, sebab mereka tak simpan dadah bersama mereka. sebab itulah bertahun-tahun perhati, baru dapat. yang balaci2 ini agak bodoh, sebab tu lah selalu kena tangkap bersama bukti.