» » » Parti tunggal bukan satu penyelesaian...!!!

Keputusan PRU-13 yang lalu walaupun menyaksikan BN berjaya mengekalkan kuasa, tetap ‘menyentap’ perasaan kita.  Keputusan tersebut secara amnya telah membuka mata kepada realiti hipokrasi-perpaduan di negara ini.   

Dari itu, ia juga seharusnya membuka mata terhadap kesilapan-kesilapan lalu. Secara ringkas, kesilapan itu terserlah dalam masalah yang dihadapi Malaysia hari ini iaitu:  

Pertamanya, kaum Cinanya enggan bersatu dengan kaum-kaum lain.  Puncanya ialah Sekolah Vernakular dan akhbar-akhbar cina yang menghasut, ditambah lagi dengan kewujudan Red Bean Army.  

Keduanya, segelintir kaum Melayu keliru yang hilang jatidiri sehingga gagal memahami taktik dan strategi kaum Cina yang ingin memperoleh kuasa mutlak dan menjadikan kaum majoriti sebagai batu loncatan serta kuda tunggangan.   Puncanya ialah Anwar Ibrahim.   

Ketiganya, perpecahan umat Melayu yang kronik akibat wujudnya golongan yang percaya kepada syurga mudah melalui politik.  Puncanya ialah Ulama-ulama jahat akhir zaman yang sesat lagi menyesatkan.

Namun, entah kenapa beberapa pihak yang memberi pandangan, menasihat dan merangka strategi PRU tidak mampu mengenalpasti mahupun menangani semua masalah ini dengan baik yang mana membawa kepada keputusan yang menyentapkan perasaan itu.  

Kini timbullah berbagai-bagai cadangan dari berbagai pihak yang menawarkan strategi dan nasihat mengenai langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kepimpinan.  

Antaranya, termasuklah cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal.    

Kita tidak tahu dari mana datangnya ide mengenai parti tunggal ini, tetapi suka penulis menekankan bahawa struktur parti BN bukanlah satu masalah mahupun punca masalah.    

Punca masalah telah pun disenaraikan di atas iaitu Sekolah Vernakular, Akhbar-akhbar berbahasa Cina, Red Bean Army, Anwar Ibrahim dan Ulama-ulama jahat seperti Nik Aziz.   

Jika benar kita ingin selesaikan masalah negara, maka punca inilah yang perlu ditangani segera secara tegas dan konsisten.   Kita kini berada di tahap di mana kita sudah tiada masa melayan cadangan yang tidak ada kena mengena dengan penyelesaian masalah.    

Malah, dengan mencadangkan perkara yang langsung tidak relevan dengan masalah menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan pihak pencadang iaitu, lemah dan gagal memahami permasalahan.   Justeru, inilah disarankan agar kepimpinan terlebih dahulu menangani punca kepada punca masalah itu, iaitu ‘perangka strategi’ dan ‘penasihat’ yang asyik memberi cadangan yang salah dan tidak relevan dengan masalah.   

Pendek kata, jika penasihat asyik memberi nasihat yang salah, adalah lebih baik untuk tidak menerima nasihat langsung.  

Sedarlah bahawa rakyat pada umumnya adalah jauh lebih matang dan bijak dari yang dibayangkan oleh pihak penasihat itu.  

Rakyat muak dengan pihak yang obses dengan publisiti.  Rakyat ingin melihat hasil, bukannya perancangan.  Jika terlalu sangat menunjuk kelembutan, meminta pandangan semua pihak sebelum bertindak, ia sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak punya keyakinan diri atau tidak tahu mana yang benar mana yang tidak.  Kepimpinan perlu memimpin, bukan dipimpin penasihat mahupun rakyat.  

Fahamilah bahawa yang meresahkan rakyat kini ialah isu perpaduan, isu campurtangan asing dan isu kelemahan kerajaan.  

Oleh itu, tanganilah isu ini dengan sebaik mungkin.  Berhentilah berkempen menunjuk hebat dengan kenyataan-kenyataan dan gambar-gambar bersosial untuk meraih populariti.   Buktikan kebijaksanaan dan kepimpinan masing-masing jika tidak mahu hati majoriti yang tersentap dari PRU-13 ini hancur lebur dalam PRU-14.  

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply