» » Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR:  Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim ditahan telah ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.

Penahanan  pelajar jurusan Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menjalani penggantungan tiga semester dari universiti tersebut dilakukan dipercayai mempunyai hubung kait dengan penglibatannya dalam sebuah Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam siaran akhbarnya menjelaskan bahawa Adam Adli, 24, telah ditahan di kawasan Bangsar pada jam 3.15 petang tadi.

“Beliau telah dibawa ke Lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948,” kata Mohmad.

Dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 9 Januari 2012, jawatankuasa tatatertib UPSI memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun ini berikutan tindakannya menurunkan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Persidangan UMNO pada Disember 2011.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply