Dalam sibuk-sibuk menuduh kerajaan BN membawa pengundi hantu, timbul persoalan, Teresa Kok merupakan calon yang mendapat undi tertinggi dalam PRU13 iaitu 61500 undi berbanding undi yang diperolehi oleh calon BN hanya 9948 undi. Majoritinya pula 51552 undi. Satu jumlah yang banyak. Dari mana Dap boleh mendapat undi yang sebegitu banyak?
Data-data berikut akan melibatkan angka yang mungkin boleh membantu kita memikirkan semula kewujudan pengundi di Parlimen Teresa Kok.
Undi terhadap Teresa Kok meningkat 14270 pada PRU13 (61500 - 47230), manakala calon BN menurun 790 (10738 - 9948).
Jika pengundi BN yang 790 orang itu beralih kepada Dap, maka jumlah yang sepatunya diperolehi ialah 48020 saja (47230 + 790), berbanding 61500. Musykil tu!!!
Dilihat dari segi perbezaan peratusan pengundi pula ialah 7.9% (83.6 - 75.7). Jika 7.9% ini ditukar kepada angka kita akan dapat pertambahan pengundi sekitar 3731 (47230 x 7.9 / 100). Sekiranya kesemua 3731 pengundi ini memihak kepada Teresa, maka paling banyak beliau akan mendapat undi 50961 (47230 + 3731) bukannya 61500. Disitu ada lagi jurang perbezaan 10539 undi. Musykil lagi!!!
Mengikut Jabatan Perangkaan, pertumbuhan semulajadi bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi 2011 ialah hanya 20,000 orang, bukan di Seputeh saja tapi seluruh Kuala Lumpur. Itu termasuk semua peringkat umur. Adakah semua 20,000 orang itu sudah layak mengundi dan hanya tertumpu di Seputeh saja? Tambah musykil!!!
Adakah Teresa khasnya Dap menggunakan hantu China untuk cai undi bagi Dap? Jadi tak hairanlah kebanjiran pelacur China sebenarnya telah dirancang untuk menjadi alat memenangkan Dap.
Adakah kekecohan yang diwujudkan di kawasan mengundi memberi peluang kepada petugas undi yang rata-ratanya memihak kepada pembangkang, memangkah kertas undi yang akhirnya memenangkan pembangkang?
Akhirnya segala kemusykilan yang cuba diada-adakan oleh pembangkang, menjerat leher sendiri. Mereka mencipta kemusykilan dan mereka jugalah memperalatkan kemusykilan itu.
No comments: