Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas Majlis Istiadat Perisytiharan Pelantikan MB & Portfolio EXCO Negeri Terengganu semalam, Telah di putar belitkan dan disalah tafsir oleh sesetengah pihak terutamanya oleh pembangkang.
Kenyataan sebenar apa yang ditekan oleh MB ialah semasa kekalahan Barisan Nasional Terengganu di kawasan DUN yang kalah, Barisan Nasional telah mengambil inisiatif mewujudkan Pegawai Pembangunan DUN (PPD) yang dilantik melalui Kerajaan Negeri BN bagi membantu rakyat kawasan DUN yang kalah bagi menyalurkan segala bantuan kerajaan negeri serta menyelesaikan segala masalah rakyat di kawasan pembangkang.
Tetapi di sebabkan sikap cakna PPD melalui kerajaan Barisan Nasional ini menyebabkan wakil rakyat PAS yang menang di kawasan PPD ini TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KERJA YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.
Rakyat di DUN berkenaan diabaikan. Pembangunan tidak dilaksanakan sedangkan YB PAS ini dibayar gaji & elaun oleh kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat di DUN berkenaan.
Contoh yang jelas boleh dilihat di Rhu Rendang, Manir, Wakaf Mempelam. Apa pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat PAS, sedangkan mereka dibayar gaji. Ramai rakyat di kawasan berkenaan walaupun dari penyokong PAS sendiri mengadu pada wakil Pegawai Pembangunan DUN bukan pada wakil Rakyat PAS yang dipilih. WAKIL RAKYAT PAS yang dibayar gaji dengan duit rakyat ini perlu melaksanakan tanggungjawab yang diberi bukan meletakkan tanggungjawabnya pada Barisan Nasional.
Rakyat telah memilih YB di kalangan PAS. Oleh itu kita mahu melihat biar YB ini memainkan peranan yang lebih untuk membantu rakyat di kawasan mereka, langkah ini bagi memberi ruang kepada semua wakil rakyat dapat melaksanakan tugas kepada DUN masing-masing, bekerja untuk rakyat, supaya rakyat dapat menilai sendiri keupayaan wakil rakyat yang mereka pilih masa PRU 13 baru-baru ini.
Walaupun Barisan Nasional kalah di 15 kawasan DUN dalam Negeri Tetapi AKU JANJI BARISAN NASIONAL Terengganu tetap di jalankan di negeri ini untuk rakyat Terengganu dan mencapai Negeri Terengganu maju ada tahun 2020.Berkenaan dengan peruntukkan untuk Pembangunan setiap DUN yang kalah akan sentiasa di salurkan tapi bukan lagi melalui Pegawai Pembangunan DUN tetapi melalui Agensi-agensi Kerajaan yang terdapat di kawasan berkenaan seperti Pejabat Daerah & Majlis Daerah yang akan di amanahkan untuk mengantikan PPD.
Jika Pegawai Pembangunan DUN ini diteruskan Wakil Rakyat PAS tidak akan bekerja untuk rakyat, JIKA perkhidmatan PPD ini diteruskan seperti tiada fungsi kepada DUN yang kalah kerana mereka seperti tidak dihargai & di perlukan lagi oleh rakyat.
Rakyat boleh menilai sendiri prestasi wakil rakyat di kawasan mereka sepanjang 4-5 tahun yang akan datang. Kerajaan juga mahu memberi lebih mandat kepada pegawai kerajaan melaksanakan tugas mereka dalam membangunkan negeri ini terutamanya di kawasan DUN yang kalah..Kerajaan BN tidak pernah menaniayai rakyat di negeri Terengganu ni..tetapi rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi yang diberikan oleh kerajaan BN selama ini. - klik Sini
AHMAD MASLAN "MENGAMUK" DI PARLIMEN
-
Sesi perbahasan di Parlimen. Perhatikan perkara yang membangkitkan emosi
Dato Seri Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan.
5 years ago
No comments: