PAS labelkan MB Terengganu emosi kerana takut dengan bayang-bayang sendiri
Dalam Sinar Harian 13/5/2013 kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin bahawa “Ahmad perlu bersikap lebih rasional kerana sifat emosional yang ditunjukkan boleh menjejaskan maruah rakyat Terengganu” merupakan satu kenyataan yang menunjukkan sikap takut kepada bayang-bayang sendiri.
PAS yang memenangi 15 kerusi DUN di Terengganu seperti tidak bersedia untuk berkhidmat kepada Masyarakat & rakyat, PAS masih mengharapkan PPD DUN yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan khidmat mereka dikawasan wakil rakyat PAS.
INI jelas terbukti, apabila PAS menujukkan KEKECEWAAN dengan Keputusan MB tidak akan meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan DUN di kawasan BN kalah di muka hadapan akhbar sinar harian.
Sebenarnya jika diteliti, PAS yang sebenarnya lebih emosi & tekanan kerana mereka takut untuk berhadapan dengan rakyat apabila mereka di beri mandat unutk mentadbir di kawasan yang mereka menangi.
Jika PAS bersikap terbuka & menerima kenyataan MB, mereka tidak akan menyatakan kekecewaan tetapi kegembiraan kerana di beri ruang yang secukupnya untuk mereka berkhidmat pada masyarakat.
Tetapi bukti yang sudak cukup jelas mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka apabila pengalaman yang lepas, DUN yang dikuasai oleh PAS seperti contoh, Wakaf Mempelam, Rhu Rendang, Ladang & Batu Buruk tiada apa-apa pembangunan yang di buat malahan wakil rakyat PAS hanya makan gaji Buta tanpa berkhidmat pada masyarakat kerana semua kerja tersebut di lakukan oleh PPD DUN.
Malahan jika merujuk Pentadbiran PAS pada tahun1999 hingga tahun 2004, Pentadbiran mereka yang teruk menyebabkan rakyat berada dalam kesusahan & kesengsaraan, jika PAS merasa mereka dapat membetulkan balik korupsi & tanggapan rakyat terhadap kebolehan mereka untuk mentadbir, Kenyataan MB mereka perlu menerima secara terbuka & menjalankan kerja sebagai wakil rakyat bukan mengharapkan pada Barisan Nasional.
No comments: