Lagi mengenai isu tanah yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang sebenarnya terpercik ke muka mereka sendiri.
Lupakah kita semua semasa mereka (Pas) memerintah Terengganu, orang berpendapatan sehingga setengahnya mencecah RM15000 sebulan juga diberikan kelulusan mendapat tanah.
Ini sebagaimana tersenarai peserta2 bagi Rancangan Tanah berkelompok Tapak Rumah bercampur Beris Meraga, Mukim Kijal, kemaman sebagaimana yang dipersetujui Jawatankuasa Pemilih daerah Kemaman bertarikh 30 Jun 2003. Yang bergaji RM 15000 sebulan dalam senarai itu berprofesyen sebagai peguam, Jalan Jabor Kemaman. Waktu itu beliau berusia 40 tahun.
Seorang lagi Pengurus Kanan di sebuah syarikat gergasi yang beroperasi di Kemaman berpendapatan RM 9700 sebulan beralamat di Bukit Mentok, kemaman. Waktu itu beliau berusia 33 tahun. bayangkanlah betapa kronisme berlaku, sehingga sanggup meluluskan tanah kepada orang-orang kaya, sedangkan rakyat miskin yang lebih layak dinafikan hak mereka. Orang yang berpendapatan tinggi ini boleh membeli tanah, jadi dimanakah keadilan dan sifat kebajikan yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.
Apakah apabila mereka yang melakukan perkara tidak bermoral seperti ini atas dakwaan kononnya parti mereka berjuang atas nama Islam, maka boleh berbuat sesuka hati.
Begitu juga ketika pembangkang memerintah terengganu beberapa kawasan tanah yang diperuntukkan bagi projek rakyat dibahagikan kroni2 mereka. Misalnya padang ragut Bukit Rambutan, Jabi (43 hektar), tanah untuk projek Sekolah Menengah Jabi.
Malah tanah yang pada asalnya telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya kepada rakyat dirampas dan dibahagikan kepada penyokong mereka seperti contohnya Tanah Berkelompok (RTB) pangkalan Merbau, Setiu.
Pada tahun 2003 juga, kerajaan negeri waktu itu merampas tanah milik 70 peserta tanah berkelompok Pertanian padang pulut di Jerangau, sedangkan mereka sudah diberikan lesen dan bertahun-tahun mengusahakan tanaman di kawasan itu.
Selain itu, pihak kerajaan negeri waktu itu melantik juru ukur kroni mereka dengan menswastakan kerja-kerja mengukur tanah. Rakyat yang baru dijanjikan tanah diminta membayar kos ukur tanah anata RM350 sehingga RM700 kononnya untuk tujuan mendapat tanah, sedangkan belum pasti memperolehinya kerana selepas itu akan melalui sesi temuduga oleh jawatankuasa di peringkat kampung yang dilantik terdiri daripada kroni2 pimpinan kerajaan negeri.
Sedangkan dari segi dasar dan peraturan tanah, hanya pentadbir tanah yang berkuasa mengikut dan menjalankan pentadbiran tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, tetapi hak mereka dinafikan. Dan rakyat tentunya tidak pernah lupa, terutama di Panchor Berderu, Setiu di mana tanah mereka yang telah diusahakan dengan tanaman dirampas dan tanaman mereka dimusnahkan diketuai oleh Haji Hadi sendiri.
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: