» » Wajah2 Pengundi hantu dikesan di Lapangan terbang seluruh negara?


Bila Anwar Dakwa JPM Bawa Masuk Lebih 40,000 Pengundi Hantu Guna Kapal Terbang...

KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.

c130_hercules_tudm
Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
SEBENARNYA kita tidak tahu mengapa Anwar tiba-tiba boleh jadi segila dan sesewel ini bila membuat segala macam tuduhan tersebut.
Tuduhan puluhan ribu pengundi hantu telah didatangkan dari  Sabah dan Sarawak ini merupakan penghinaan TAHAP TERTINGGI pemimpin pakatan itu kepada warga kedua-dua negeri berkenaan.
Tuduhan begini bukan sekali, malahan berkali-kali rakyat di kedua-dua negeri berkenaan dikaitkan dengan pengundi hantu.

5e2bca192129f6d700dbcb197b0488b4_XL

Ternyata bencinya Anwar kepada rakyat Sabah dan Sarawak tak pernah pudar dari dulu hingga sekarang.
Hanya kerana mereka ‘fixed deposit’ untuk Barisan Nasional (BN), Anwar telah menghina rakyat Sabah dan Sarawak sampai begitu sekali.
Dakwaan Anwar ini sangat serius, menggambarkan seolah-olah rakyat Sabah dan Sarawak BEGITU MURAH hingga boleh dibeli undi mereka.
Melabelkan mereka dengan gelaran ‘pengundi hantu’ itu sendiri telah merendahkan krediliti dan maruah rakyat Bumi Kenyalang serta Negeri Di Bawah Bayu itu.
Mengenai tuduhan warga asing turut terlibat sebagai pengundi hantu, kami ingin bertanya pada Anwar. Adakah begitu sukar dan sulit bagi SPR serta polis untuk membezakan wajah dan identiti mereka ini di pusat pembuangan undi kelak?

941712_373002389483414_2012670298_n

Adakah terlalu sukar untuk membezakan percakapan dan lenggok bahasa para warga asing ini sehingga Anwar begitu yakin yang mereka akan dibenarkan membuang undi  pada hari Ahad nanti?
Adakah Anwar nak mengatakan ejen PKR yang dilantik oleh parti itu sendiri di pusat membuang undi nanti terlalu BODOH, BANGANG DAN BAGHAL sehingga tak dapat mengenal pasti mana rakyat tempatan dan mana rakyat asing?
Maaf, fitnah dan tuduhan Anwar ternyata cukup PRA-MATANG dan bersifat keanak-anakan!
Menuduh JPM ‘menyeludup’ pengundi hantu ini melalui Penerbangan Malaysia, Air Asia dan Hercules juga tidak masuk akal sama sekali.
Jumlah beribu-ribu pengundi hantu itu bukan SEDIKIT, kalau benar, tak banyak sikit pasti kita dan orang ramai dapat mengesan kelibat mereka.
Baik di lapangan terbang, di hotel mahupun di kem seperti mana yang didakwa Anwar.
Kami berharap agar Anwar berhentilah daripada terus-terusan menyebar fitnah semacam ini.
Tak perlulah nak mengemukakan gambar lambakan warga asing di lapangan terbang kononnya sebagai bukti kehadiran pengundi hantu.

467154_10151490168773369_8735682_o

Untuk makluman Anwar, boleh dikatakan setiap hari lapangan terbang dipenuhi warga asing, sama ada pelancong mahupun pekerja yang masuk ke negara ini  atau pulang ke negara masing-masing.
Sebagai ahli politik yang setahun berpuluh kali ke luar negara, rasanya Anwar lebih arif mengenainya…kecualilah beliau sendiri memilih jalan untuk terus membodohkan dirinya sendiri!

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply