» » Adun Wakaf Mempelam tidak hadir sidang dun

ADUN WAKAF MEMPELAM TAK HADIR SIDANG.  Laporan terus dari lokasi Ruslan Abdul Rahman.
Persidangan dewan undangan negeri ini hari terakhir pada hari ini dimulakan seperti biasa dengan sesi soal jawab soalan lisan. Sebelum itu Speaker dewan Haji Mohd Zubir Embong memulakan tugas dengan bacaan doa dan surah al fatihah. Pada masa ini Adun Jertih memulakan pertanyaan soalan lisan berkaitan sektor pelancongan. YB Exco berkaitan, Dato Mohd Jidin Shafie menjelaskan bahawa pembangunan sektor pelancongan terutama di Tasik Kenyir akan membuka peluang pekerjaan terutama untuk generasi baru. Katanya bekalan elektrik sedang disalurkan ke pulau Bayas Tasik Kenyir dari Kuala Ping. Pulau Bayas adalah bakal menjadi pulau bebas cukai di Tasik Kenyir. YB Dato' Mohd Jidin menyatakan bahawa segala usaha promosi pelancongan, kemudahan dan infrastruktur berkaitan pelancongan akan diteruskan dan ditambahbaikkan. Adun Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut dimaklumkan oleh Speaker tidak hadir persidangan, soalan lisannya dan soalan lisannya diwakil untuk dikemukakan kepada dewan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply