» » BN yakin pertahan Kuala Besut...

Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, DUN Kuala Besut
merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.

"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil UMNO Pusat," kata Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Rakyat di sini.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan Pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

"Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini... biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut," katanya.

A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.


About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply