16 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Malaysia memansuhkan tiga proklamasi darurat sekaligus menghapuskan undang-undang ISA dan Ordinan Darurat.
pemansuhan ISA 1960 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengamal demokrasi terbaik di dunia. Malah ianya merupakan salah satu daripada perjalanan transformasi negara.
Khamis 19 Julai, Kementerian Dalam Negeri membebaskan 1,473 orang banduan yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.
Antara banduan-banduan yang dibebaskan itu termasuklah mereka yang terlibat dalam jenayah pemalsuan wang, pemalsuan kad pengenalan, kongsi gelap dan maksiat, perjudian haram, serta
Tidak sampai dua tahun, akhirnya yang paling kuat bising kerana peningkatan kadar jenayah adalah daripada parti yg mencadangkan itu sendiri.
ketua parti tersebut adalah yang paling hebat memperlekehkan pihak polis dan pihak berkuasa termasuklah kerajaan kerana gagal membendung kadar jenayah kekerasan dan maksiat yang sedang berlaku di Malaysia.
Dan sekali lagi, kerajaan digambarkan sebagai pihak yang tidak mampu memikul tanggungjawab mengamankan negara ini.
Sedangkan mereka terlupa bahawa yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan segala akta pencegahan adalah mereka .
Undang-undang lama yang kononnya tidak berkesan, kejam dan tidak berperi kemanusiaan itulah, rupa-rupanya telah menyelamatkan Malaysia daripada musnah akibat perbuatan penjenayah serta mereka yang cuba menghuru-harakan negara ini.
Apa guna diungkit tentang peningkatan kadar jenayah sekarang ini setelah undang-undang pencegahan dihapuskan?
Kalau dahulu pandai sangat mencari alasan dan berhujah tentang perlunya Ordinan Darurat dihapuskan.
Kenapa dipersalahkan kepada PDRM sedangkan yang menggubal undang-undang adalah puak-puak di Parlimen?
Hasil kebijaksanaan hapuskan segala macam undang-undang di negara ini, terutama sekali undang-undang pencegahan, wajarlah apabila rumah sendiri sudah tidak selamat untuk didiami
Bukalah minda. hanya mereka yg melakukan kesalahan yg beriya2 hendak menghapuskan undang2 tersebut dan tidak kpd majoriti rakyat yg tiada masalah dgn undang2
Sekadar renungan kenapa kadar jenayah meningkat tinggi terutama jenayah berat.
No comments: