» » Pesanan untuk CAI PAS...



Berkenaan dengan entry rakyat beberapa hari lalu (klik sini), rakyat amat tertarik dengan komen daripada pembaca rakyat yang rakyat rasa amat baik untuk dikongsikan di sini.

Jom baca:

Demokrasi apa ke jadahnya yang disebut Hj Hadi. Ahli PAS tegar seumur hidup, Cikgu Non, yang membela nasib para balu dan anak yatim yang diistihar sendiri oleh Tok Guru PAS sebagai syuhada Memali, telah dipecat dari PAS. Sebabnya Cikgu Non dapati wang kutipan atas nama derma jihad syuhada Memali, tidak sampai kepada balu dan anak yatim itu, kemungkinan masuk poket para pemimpin PAS sendiri. Hinggakan ada antara balu itu mati merempat tidak dibela oleh seorang pun pemimpin PAS termasuk Hj Hadi. 

Datuk Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Md Isa diketepikan begitu sahaja kerana menegur dan menunjukkan apa yang benar. Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Hj Hadi itu hanyalah apa yang disukai oleh Anwar dan DAP. Pemimpin PAS hanyalah sebagai lidah penyambung apa yang diberitahu dan yang dikehendaki oleh Anwar dan DAP. Pemimpin PAS sekarang tidak lagi berupaya memperjuangkan perjuangan asal parti sendiri, jauh sekali untuk bercakap mengenai hukum Islam yang sebenar. Mungkinkah Hj Hadi termasuk dalam sepuluh pemimpin PAS yang menerima duit dari DAP setiap bulan. Malah Majlis Syura PAS pun tidak dapat berkata benar dan tegas dalam semua isu. Seperti yang diketahui umum, Anwar dan DAP adalah penerima bantuan kewangan dari pertubuhan Yahudi luar negara hinggakan bercita-cita hendak menubuhkan pusat Yahudi terbesar menggantikan Singapura, jika pembangkang menang PRU-13 yang lalu. 

Sementara DAP dan Anwar juga diberi bantuan kewangan oleh tauke-tauke Cina, yang kebanyakannya terlibat dengan aktiviti yang dikuasai oleh kongsi gelap. Duit Yahudi dan kongsi gelap inilah yang membiayai makan minum dan duit poket para peserta demonstrasi juga yang sering meramaikan majlis Anwar diserata pelusuk negara semasa berkempen. Sanggupkah Anwar, Lim Guan Eng, Mat Sapu dan jauh sekalilah Mahpus, hendak keluarkan duit poket sendiri membiayai kebodohan para pendemonstrasi itu? Pemimpin PAS tak boleh berlepas tangan dengan mengatakan mereka tak diberi tahu pun perkara itu, sebab semua ada akal dan iman untuk membuat penilaian. 

Apalah gunanya akal dan iman yang digelar oleh pengikut setaraf dengan "pewaris Nabi" tetapi mengeluarkan pandangan dan nasihat yang hanya mengikut kehendak kafir harbi DAP dan Anwar sahaja. Kehendak dan keperluan ahli sendiri pun Hj Hadi tak tunaikan seperti yang menimpa kepada balu dan anak yatim Memali.

 Hj Hadi sendiri yang sering hadir berucap berapi-api dalam majlis ceramah PAS mengenai peristiwa Memali dimana sering diumumkan dengan bangga oleh juruacara majlis "kutipan derma jihad syuhada Memali malam ini berjumlah 50 ribu ringgit, 5 utas rantai emas, 2 gelang emas...". Adakah para pewaris Nabi pemimpin PAS sebagai mereka yang diamanahkan, tahu kemana perginya semua kutipan itu, apa dibuat dengan rantai dan gelang emas, yang sebenarnya disedekahkan kepada balu dan anak yatim Memali!!!

Menjelang PRK pertama untuk Parlimen ke 14 ini dan mungkin tercatat dalam sejarah sebagai PRK terawal pernah diadakan di Malaysia selepas pilihanraya umum maka wajarlah artikel ini difikirkan bersama.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply