» » Pasar Payang: Antara perubahan, warisan, fakta, fitnah dan tohmahan

Mengenai tohmohan bahawa, pembinaan pasar baru itu akan menghapuskan warisan, Dato’ Seri Ahmad menjelaskan pasar itu dibina tahun 1967, asal pasar Kedai Payang ialah di Kampung Tanjung sebenarnya.

Jadi tidak timbul soal warisan kerana perpindahan dan pembinaan semula pasar dari Kampung Tanjung ke situ pun merupakan suatu transformasi di zaman dahulu dan selepas itu pada tahun 1983 pun pasar itu dibina semula bangunannya.

“Pasar itu telah melalui berbagai proses perpindahan dan pembinaan semula beberapa kali, jadi tidaklah bermakna bila kita bina semula ini baru hendak dibangkitkan soal warisan sedangkan terdahulu perkara yang sama dilakukan,” tegasnya.

Bahkan beliau berjanji pasar itu akan dibina mengikut senibina warisan , bahkan akan dimasukkan juga ‘Jam Besar’ sebagai sebahagian pasar berkenaan sebagaimana tahun 1967 dan disambungkan melalui jejambat ke pasar Bazar Warisan di kaki Bukit Puteri.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply