PRESIDEN PAS SOKONG DEMONSTRASI ATAS NAMA DEMOKRASI DAN CARA MENEGUR KERAJAAN
Kenyataan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong demonstasi sebagai cara rakyat menegur kerajaan amatlah dangkal dan tidak menepati ajaran Islam sama sekali, lebih-lebih lagi blia beliau merujuk kepada amalan di England dan Amerika. .... Berukallout 505...
Apakah demonstrasi yang diadakan ke tahap melanggar undang-undang, membuat halangan dan sekatan di jalan raya serta ke peringkat keganasan mencederakan anggota polis yang mengawal keselamatan boleh dianggap satu cara yang betul?
Adakah perbuatan perbuatan para pendemo merempuh kawalan polis untuk memasuki bangunan parlimen ketika majlis angkat sumpah ahli parlimen diadakan itu suatu perbuatan yang wajar dan baik?
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata demontrasi aman merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan dan menjadi amalan di negara barat seperti England dan Amerika yang membenarkannya, dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan.
Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, demontrasi aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak kerajaan.
“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman. Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia, kata Abddul Hadi mengulas tindakan penganjuran Blackout 505.
Kata Haji Hadi yang dilaporkan Harakahdaily bahawa: “Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan.
“PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat)., katanya Abdul Hadi lagi.
Oleh itu, rata-rata ingin bertanya kepada Presiden Pas adakah perbuatan seumpama itu menurut ajaran Islam yang boleh kita contohi dan ikuti?
Dalam beberapa kejadian yang lalu petugas Dewan Bandaraya dipukul oleh peserta Blackout 505 dan terbaru anggota polis Inspektor Mohd Aswad Mad Saad cedera di mata kanan dan hidung kerana tugasnya menghalang peserta dari merempuh halangan polis di jalan menuju ke bangunan Parlimen.
Demokrasi apakah yang di England dan Amerika yang Haji Hadi mahu contohi atas nama Islam?
Beliau tentu ingat, semasa menjadi Menteri Besar Terengganu suatu ketika dulu amalan demokrasi tidak pernah diamalkan pun termasuk dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
Kerajaan Pas Terengganu mengarahkan premis dan balai raya milik kerajaan negeri dikosongkan oleh Kemas dari meneruskan operasi Tabika kepada kanak-kanak negeri Terengganu yang mahu mendapatkan pendidikan.
Peristiwa kanak-kanak tadika dihalau dari premis dan balairaya yang menjadi milik kerajaan negeri tidak pernah dilupakan, jadi usahlah Presiden Pas hendak bercakap soal demokrasi!
Kakitangan kerajaan negeri tidak dibenarkan hadir ke majlis-majlis yang melibatkan Menteri Kerajaan Pusat, surat pekeliling dikeluarkan member amaran supaya tidak hadir majlis berkenaan oleh pentadbiran negeri, apakah itu demokrasi namanya?
Begitu juga kakitangan kerajaan negeri tidak dibenarkan sama sekali terlibat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Imam dan Bilal yang tidak sehaluan dengan parti Pas digantung, malah ada yang dipecat.
Apakah layak orang seperti Haji Hadi bercakap mengenai demokrasi?
Demokrasi apa ke jadahnya yang disebut Hj Hadi. Ahli PAS tegar seumur hidup, Cikgu Non, yang membela nasib para balu dan anak yatim yang diistihar sendiri oleh Tok Guru PAS sebagai syuhada Memali, telah dipecat dari PAS. Sebabnya Cikgu Non dapati wang kutipan atas nama derma jihad syuhada Memali, tidak sampai kepada balu dan anak yatim itu, kemungkinan masuk poket para pemimpin PAS sendiri. Hinggakan ada antara balu itu mati merempat tidak dibela oleh seorang pun pemimpin PAS termasuk Hj Hadi. Datuk Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Md Isa diketepikan begitu sahaja kerana menegur dan menunjukkan apa yang benar. Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Hj Hadi itu hanyalah apa yang disukai oleh Anwar dan DAP. Pemimpin PAS hanyalah sebagai lidah penyambung apa yang diberitahu dan yang dikehendaki oleh Anwar dan DAP. Pemimpin PAS sekarang tidak lagi berupaya memperjuangkan perjuangan asal parti sendiri, jauh sekali untuk bercakap mengenai hukum Islam yang sebenar. Mungkinkah Hj Hadi termasuk dalam sepuluh pemimpin PAS yang menerima duit dari DAP setiap bulan. Malah Majlis Syura PAS pun tidak dapat berkata benar dan tegas dalam semua isu. Seperti yang diketahui umum, Anwar dan DAP adalah penerima bantuan kewangan dari pertubuhan Yahudi luar negara hinggakan bercita-cita hendak menubuhkan pusat Yahudi terbesar menggantikan Singapura, jika pembangkang menang PRU-13 yang lalu. Sementara DAP dan Anwar juga diberi bantuan kewangan oleh tauke-tauke Cina, yang kebanyakannya terlibat dengan aktiviti yang dikuasai oleh kongsi gelap. Duit Yahudi dan kongsi gelap inilah yang membiayai makan minum dan duit poket para peserta demonstrasi juga yang sering meramaikan majlis Anwar diserata pelusuk negara semasa berkempen. Sanggupkah Anwar, Lim Guan Eng, Mat Sapu dan jauh sekalilah Mahpus, hendak keluarkan duit poket sendiri membiayai kebodohan para pendemonstrasi itu? Pemimpin PAS tak boleh berlepas tangan dengan mengatakan mereka tak diberi tahu pun perkara itu, sebab semua ada akal dan iman untuk membuat penilaian. Apalah gunanya akal dan iman yang digelar oleh pengikut setaraf dengan "pewaris Nabi" tetapi mengeluarkan pandangan dan nasihat yang hanya mengikut kehendak kafir harbi DAP dan Anwar sahaja. Kehendak dan keperluan ahli sendiri pun Hj Hadi tak tunaikan seperti yang menimpa kepada balu dan anak yatim Memali. Hj Hadi sendiri yang sering hadir berucap berapi-api dalam majlis ceramah PAS mengenai peristiwa Memali dimana sering diumumkan dengan bangga oleh juruacara majlis "kutipan derma jihad syuhada Memali malam ini berjumlah 50 ribu ringgit, 5 utas rantai emas, 2 gelang emas...". Adakah para pewaris Nabi pemimpin PAS sebagai mereka yang diamanahkan, tahu kemana perginya semua kutipan itu, apa dibuat dengan rantai dan gelang emas, yang sebenarnya disedekahkan kepada balu dan anak yatim Memali!!!
ReplyDelete