» » Badan berkecai kena bom

“Apabila keluar rumah sejurus mendengar letupan kuat, saya terkejut melihat jiran saya terbaring berlumuran darah dengan sebahagian perut terburai dan cebisan dagingnya berselerak.”

Demikian kata saksi juga jiran kepada Tan Ching Fang, 48, yang parah akibat satu letupan selepas dia membuka bungkusan dipercayai mengandungi bom buatan sendiri di depan banglo miliknya di Taman Angsana Sari, di Sungai Petani, semalam.

Saksi itu hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 40-an, berkata kejadian berlaku jam 8.20 pagi dan mangsa adalah isteri kepada seorang pengusaha kilang mi.

Mangsa dikatakan mengambil bungkusan sebesar kotak pensel di tepi pintu pagar rumahnya dan sebaik dia mengangkat bungkusan itu satu letupan kuat berlaku. 

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply