» » Sumpah baiah Che Long adalah fasiq

Penceramah bebas, Ustaz Rujhan A. Rahman berkata, sumpah bai’ah yang dibuat oleh calon PAS di PRK Kuala Besut adalah satu bentuk sumpah fasiq iaitu rosak.

Ini kerana jelasnya, sumpah yang dilakukan itu bukanlah sumpah yang berkaitan dengan agama Islam memandangkan PAS adalah sebuah parti dan bukan membawa maksud PAS adalah Islam.

“Pas sama seperti PKR, DAP mahupun UMNO. PAS adalah parti politik. Sebab itu sumpah yang dibuat oleh pemimpin PAS ataupun calon PAS di Kuala Besut adalah satu sumpah bai’ah yang rosak. Tidak boleh digunapakai,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Menerangkan dengan lebih lanjut beliau berkata, di dalam agama Islam memang terdapat sumpah bai’ah dan ianya pernah digunakan semasa zaman Rasulullah dengan sekiranya seseorang itu melanggar sumpah yang dibuat maka ianya akan dilaknat oleh Allah.
Namun jelasnya, PAS telah menyalahgunakan sumpah tersebut dan membuatkan ahli parti itu menganggap bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS.
“Sumpah bai’ah ini dilaksanakan berkaitan agama Islam bukan berkaitan parti politik. Perlu diingat bahawa PAS adalah sebuah parti. Ini sama sekali bercanggah dengan bai’ah yang terdapat dalam agama Islam. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply