» » Bayi maut terbakar dalam inkubator

Seorang bayi baru lahir meninggal dunia akibat melecur dipercayai selepas ditinggalkan di dalam inkubator di hospital kanak-kanak Quanzhou.

Gambar bayi berusia 12 hari itu telah disiarkan kepada umum selepas ia dimuatnaik dalam laman web China iaitu Sina Weibo.

Menurut Beijingcream.com. bayi berkenaan dimasukkan ke dalam inkubator semalaman sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan dia mengalami selesema.

Haba di dalam inkubator itu bagaimanapun dilaporkan panas menyebabkan bahagian belakangnya melecur.

Kematian bayi kecil itu disifatkan sebagai kemalangan ngeri.

Apa yang menyebabkan kemarahan ramai ialah terdapat laporan bahawa kamera pengawasan yang diletakkan di situ pada malam kejadian, telah dipadamkan.

Hospital terbabit juga dikatakan enggan mengambil tanggungjawab di atas kematian bayi tersebut manakala kakitangannya pula enggan memberikan sebarang komen kepada media.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply