» » » Che Long jentera utama Husam di Putrajaya

Azlan @ Endut bin Yusof (48) anak jati Kuala besut ini telah diumumkan sebagai calon Pas bagi PRK N01 Kuala Besut. Beliau yang juga merupakan seorang kontraktor kelas A sentiasa berulang alik dari Besut ke Kelantan sentiasa sibuk dengan tugasannya sebagai seorang peniaga yang berjaya.

Maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman Pas Kuala Besut menyatakan Che Long ini merupakan anak emas Husam Musa maka tidak peliklah Che long yang kini merupakan bendahari Pas Kawasan Besut dipilih menjadi calon Pas dalam PRK Kuala Besut ini. Malah lebih menarik lagi dimaklumkan juga bahawa dulu Che Long pernah ditangkap kerana kes dadah.

Sumber tersebut juga menyatakan bahawa walaupun ahli akar umbi Pas mahukan Pas meletakkan calon berlatar belakangkan agama, namun oleh kerana Che Long merupakan klik dan anak emas Husam Musa maka Husam menamakan Che Long sebagai calon Pas di PRK ini.

Ketika Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri kelantan, Che Long dikatakan mendapat banyak projek dan kontrak daripada kerajaan dan sekarang ini Che Long mampu untuk hidup mewah. Sebagai seorang kontraktor kelas A yang berjaya maka Che Long sememangnya layak untuk hidup mewah. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply