DI SEBALIK gebang gebangan bahawa pembangkang ini bersatu padu di bawah satu gagasan, pilihanraya kecil Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang secara jelas menunjukkan bahawa hanya PAS sahaja yang terlibat dalam kempen kali ini.
Tak begitu nampak penyokong PKR apatah lagi DAP di kawasan ini dan tempat pencalonan yang dipenuhi dengan karat-karat hijau yang kita percaya diimport masuk dari negeri sebelah, Kelantan. Jangan kata penyokong, bendera pun hampir tidak ada walaupun gebangnya puak-puak ini bersatu dalam satu pakatan (haram).
Agaknya dalam kawasan yang 97% terdiri dari pengundi Melayu ini, modal PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR ini tidak begitu laku atau boleh memberi kelebihan untuk menambah undi PAS semasa hari pengundian pada 24 Julai yang akan datang.
Maka itu jugalah penulis tidak hairan kenapa modal utama PAS dalam PRU13 yang lepas seperti harga minyak turun, hujan turun dan sebagainya kalau PAS menang yang menghiasi poster-poster pilihanraya PAS, tidak lagi kelihatan sekarang.
Sebaliknya, PAS kembali kepada isu lama yang diberi nafas baru oleh USTSJ (Ustaz Sendiri Tanya Sendiri Jawab), Azhar Idrus yang mendakwa kononnya berdosa besar kalau menjatuhkan kerajaan Islam (PAS) – macamlah kerajaan yang akan ambil alih kalau PAS jatuh ini (BN), kerajaan kafir.
Malah isu undang-undang Islam (hudud) yang dah lama ditong sampahkan itu juga dikitar semula untuk menggantikan modal PRU lepas yang sudah tidak lagi terpakai dalam pilihanraya kecil kali ini.
Gambar di atas membuktikan apa yang penulis cakap.
Agak-agaklah kalau nak jadi bodoh pun, dunia pun tahu hudud ini hanya modal PAS zaman berzaman dapat undi dan mitos negara Islam ini pun duduk dalam lingkaran pembohongan yang lebih kurang sama, bukan dia benar-benar nak laksanakan pun.
Pengundi Kuala Besut harapnya tidak lagi terpedaya dengan taktik parti oppurtunis macam PAS ini. Benarlah dakwaan parti hijau ini adalah sebenarnya guna konsep mengkarung.
‘Warna’ boleh tukar bila-bila ikut keadaan, dalam kawasan komposisi pengundinya bercampur baur, dia guna slogan liberal sikit, dalam kawasan yang majoriti besar Melayu macam ini, dia guna modal agama balik semula.
Begitulah kalau nak disebutkan parti yang tidak berapa nak ada sifat manusia ini melainkan untuk dapat undi semata-mata.
Dibawah ini adalah gambar-gambar di sekitar kawasan penamaan calon yang dihantar oleh wartawan kami di lapangan, Zul Rawi dan HackerXP. Menariknya juga, macam mana biasa kalau orang-orang PAS dan sekutunya berkumpul, budak-budak pasti dibawa sekali untuk menambahkan jumlah.
Bila nak berubah pun tak tahulah...
oleh fb Ib Hussein
PS:// Macam mana pula dengan hukum berkawan dengan DAP yang menolak dan menentang Islam...
No comments: