» » Suami Tekan Klac, Isteri Kawal Stereng

Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.

Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, ke kilang tempat isterinya bekerja.

Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.

Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.

“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. lepas berita ni dah keluar, kalau nasib baik pasangan ini akan di bantu, nasib tak baik, mungkin mereka ni tak boleh nak bawa kenderaan begini lagi kerana salah disisi undang2.

    ReplyDelete