» » MB ziarah mantan Adun Pengkalan Berangan


DATO SERI AHMAD SAID
Ahmad meluangkan masa menziarahi Yahya yang diserang penyakit strok di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
Dato’ Seri Ahmad Said meluangkan masa kira-kira sejam melawat bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan beberapa pesakit lain yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.
Yahya yang juga bekas ADUN Penkalang Berangan (2004-2013) pada Khamis lalu dimasukkan ke HSNZ akibat penyakit strok.
Turut mengiringi Menteri Besar ialah isteri beliau, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohamad Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato Mohd Yasim Awang, Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dato Haji Wan Ahamad Wan Muda dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohd. Johari Abu Bakar.
Yahya yang ditemani isteri, To’ Puan Rosnani Ngah kelihatan gembira dan ceria menerima kehadiran Ahmad kira-kira pukul 5.30 petang.
Kedua-dua mereka juga dilihat berbual-bual dalam keadaan mesra.
Selepas itu, Ahmad turut menziarahi Abdul Majid Muda, 78 tahun, iaitu bapa kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Khairuddin Abdul Majid yang dimasukkan ke HSNZ akibat penyakit sama.

Beliau turut melawat beberapa lagi pesakit lain di HSNZ selepas itu.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply