» » » Media Barat kaitkan isu politik faktor kehilangan MH370


Spekulasi terbaru yang amat “kontra” dengan kehilangan pesawat MH370 kini muncul. Namun, apa yang menarik berita ini dikeluarkan oleh beberapa media barat yang terkenal seperti The Mirror dan The Mail. Melalui paparan muka hadapan akhbar The Mail keluaran 16 Mac 2014 telah menyiarkan berita mengenai kecenderungan politik Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai satu kemungkinan punca berlaku rampasan pesawat MH370.

Melalui artikel bertajuk “Doomed Airliner Pilot Was Political Fanatic”, mendedahkan bahawa Kapten Zaharie merupakan penyokong ‘Obsesif’ ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kehilangan pesawat itu pula berlaku selepas keputusan kontroversi kes Mahkamah yang tidak memihak kepada Dato Seri Anwar dimana Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada ketua pembangkang itu.

Apa yang mengejutkan, The Mail turut mengatakan bahawa Kapten Zaharie telah menghadiri perbicaraan tersebut!

The Mail juga difahamkan Kapten Zaharie merupakan Aktivis Politik yang vokal.

Dengan pendedahan ini, The Mail telah menimbulkan spekulasi yang mana ditakuti bahawa keputusan mahkamah telah mempengaruhi Kapten Zaharie untuk bertindak diluar jangka sebagai tanda protes terhadap keputusan itu.

Melalui sidang media tergempar oleh Perdana Menteri Malaysia semalam, Dato’ Seri Najib Razak mengesahkan MH370 telah mengubah laluan dan sistem komunikasi telah dimatikan. Beliau turut mengatakan fokus siasatan kini ditumpukan kepada latar belakang penumpang dan krew pesawat MH370.

Berikutan itu, Pegawai penyiasat memberitahu The Mail bahawa melalui kerjasama bersama Agen FBI daripada Amerika Syarikat, mereka telah menyiasat latar belakang politik dan agama Kapten Zaharie dan juga pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. Rumah Kapten Zaharie juga telah digeledah susulan daripada kenyataan Perdana Menteri Malaysia semalam (Gambar).

Rumah Kapten Zaharie, Juruterbang pesawat MH370
Di dalam serbuan itu, sebuah komputer riba yang disyaki mempunyai data simulator pesawat turut dirampas. Walaubagaimanapun, komputer riba peribadi Kapten Zaharie tidak ditemui berkemungkinan dibawa bersama ke dalam kokpit pesawat.

Lagi pendedahan mengejutkan daripada The Mail, rakan sekerja Kapten Zaharie telah memberitahu penyiasat bahawa juruterbang veteran itu adalah seorang aktivis sosial yang lantang dan kuat dalam sokongannya terhadap Anwar Ibrahim:
“Rakan sekerja mengatakan dengan jelas kepada kami bawah beliau adalah seseorang yang mempunyai kepercayaan politik yang kuat dan merupakan seorang yang lantang dalam menyokong Anwar Ibrahim.”
Menurut penyiasat lain.”Kami diberitahu oleh salah seorang rakan sekerja beliau amat taksub dengan politik.”

Dalam temu bual itu juga, rakan sekerja berkata Kapten Zaharie memberitahu mereka dimana beliau merancang untuk menghadiri kes mahkamah yang melibatkan Anwar pada 7 Mac , hanya beberapa jam sebelum penerbangan MH370 ke Beijing, tetapi penyiasat masih belum dapat mengesahkan kehadiran beliau di antara orang ramai yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah.

Blog Politik Malaysia dedah gambar penglibatan Kapten Zaharie dalam program pembangkang
Penyiasat berkata: ‘ Kami sedang mengkaji teori kepercayaan politik Zaharie mungkin menjadi satu faktor. Terdapat sensitiviti yang besar sekitar(Spekulasi) ini tetapi kami perlu meneruskan siasatan pada sebarang sudut yang menarik perhatian kami.’

Pada awalnya, pihak berkuasa Malaysia tidak mahu menjuruskan siasatan ke arah juruterbang dan pembantu juruterbang MH370. Namun, melalui bukti cara transponder dan komunikasi sistem pesawat itu dilumpuhkan dan meneruskan penerbangan ke arah lautan hindi memerlukan kawalan seseorang yang mempunyai kemahiran penerbangan.

Penyiasat juga masih bingung dengan kemungkinan itu, jikalau pun ada perampas yang mengambil alih MH370, tiada sebarang panggilan kecemasan dan isyarat daripada kedua-dua juruterbang untuk memaklumkan bahawa kokpit pesawat telah dipecah masuk.

Sidang media semalam turut menguatkan lagi spekulasi penglibatan juruterbang apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib mengesahkan penyiasat telah menemui “tindakan yang disengajakan” di dalam pesawat MH370 yang menyebabkan ia berubah arah dan hubungan dengan menara kawalan terputus.

Selain itu, pihak penyiasat FBI juga turut mengatakan terdapat kemungkinan ratusan penumpang di dalam pesawat itu sedang berada di satu lokasi yang tidak diketahui.

Sumber Asal-
1. The Mail (“Doomed Airliner Pilot Was Political Fanatic”)
2. The Mirror (“Did pilot hijack missing plane HIMSELF in anti-government protest? Fears over Captain Shah’s links to Malaysian opposition”)

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply