» » » Kenderaan amfibia Terengganu mendahului negeri maju lain...

Seperti biasa, apa-apa sahaja yang diusahakan oleh Terengganu untuk menjana pendapatan negeri dan rakyat, seringkali dipandang serong dan tidak senonoh. Malah yang paling menarik ialah, apa-apa sahaja yang berkenaan dengan pembelian, perbelanjaan dan kewangan, akan dianggap sebagai penyelewengan dan korupsi.

Membangunkan negeri satu hal. Para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya orang PAS Terengganu lebih suka melihat Terengganu dalam keadaan daif dan miskin kerana bagi mereka kedaifan dan kemiskinan merupakan perkara terpenting dalam elemen untuk menggoyahkan perhatian atau kepercayaan terhadap sesebuah kerajaan.

Dek kerana itulah, beberapa orang pemimpin PAS terutama sekali ADUN Batu Burok berusaha dengan pelbagai cara untuk memburuk-burukkan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya. Apatah lagi Mat Said seperti yang dilabelkan oleh para pemimpin PAS malahan orang UMNO sendiri pun, adalah budak kampung yang tidak lebih pandai daripada pemimpin PAS yang berserban dan berkepiah putih.

Usaha Mat Said untuk memajukan industri dan sektor pelancongan di Terengganu selain menarik pelabur asing ke negeri itu untuk membangunkan sektor perlombongan, pembuatan, bahkan perubatan, seringkali dipandang serong. Setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Mat Said, setiap kali itulah juga, kata-kata yang seringkali dihamburkan adalah, MAT SAID KENCING dan MAT SAID CUBA SONGLAP DUIT RAKYAT TERENGGANU.

Berita tentang Terengganu membeli dua buah BAS AMFIBIA menarik perhatian apabila kos pembelian kedua-dua kenderaan tersebut adalah RM6 juta. Menariknya, ada pula pihak yang cuba menunjuk pandai, kononnya bas tersebut sekadar  berharga £280,000 sebuah. Dengan kata lain, harga yang sepatutnya dibeli oleh Kerajaan Terengganu adalah RM1,526,000 sebuah. Bukannya RM3 juta.

Mungkin pecacai Pakatan Rakyat kurang faham.... beginilah, kita bagi benda yang paling simple untuk memahamkan mereka....

Basikal ada jenis banyak basikal. Basikal yang diberikan sebagai sumbangan untuk cabutan bertuah pada Hari Keluarga biasanya berharga RM350.00 sebuah tapi basikal yang Anuar Manan gunakan untuk perlumbaan berharga RM35,000 sebuah.

Bas 42 penumpang yang dipasang di Sumai biasanya berharga dalam lingkungan RM350,000 sebuah tetapi bas ekspress yang diimport dan dipasang di luar negara berharga lebih RM1 juta sebuah.

Bas Amfibia bukannya bas biasa. Sebaliknya ia dibuat berdasarkan kepada permintaan. Ia tidak dikeluarkan secara pukal dan dilambakkan ke pasaran sepertimana para pecacai melambakkan baju T dengan gambar Anwar Ibrahim yang dijual pada harga RM10 tiga pasang. Sudah pastilah, bas yang amfibia tersebut berharga tinggi terutama apabila ia dipasang di luar negara, dan diberikan spesifikasi khusus berdasarkan permintaan bagi kegunaan di Terengganu. Apatah lagi, Kerajaan Terengganu sendiri telah menyatakan bahawa bas tersebut akan digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Menurut Pengarah Bahagian Pelancongan SUK, dimaklumkan satu pasukan yang diketuai Exco Pelancongan, YB. Dato' Mohd Jidin telah melawat Malta tempat bas itu dibuat. Wakil Jabatan Laut juga hadir sama. Bas ini didapati sesuai untuk persiaran pelancong dan boleh digunakan di darat dan di air (sungai, laut dan tasik).

Syor telah dibuat oleh Jabatan Teknikal dan Pentadbiran Negeri sedang menyiapkan laporan bagi diangkat ke mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk pertimbangan. Sebut harga yang diterima adalah £600,000 sebuah. Bas ini berkapasiti 50 penumbang dan telah digunakan secara meluas di Eropah termasuklah Belgrade.

Sesuatu yang menarik ialah, sepatutnya mereka yang mempertikaikan harga bas berkenaan, merujuk kepada Audit dan SPRM terlebih dahulu. Bukan main pakai akal kosong!

Atau barangkali mereka mempunyai bas amfibia yang berharga lebih rendah dari itu? Mengapa tidak dihantar sebut harga kepada Kerajaan Negeri Terengganu memandangkan mereka bolehlah menyelamatkan 'DUIT RAKYAT TERENGGANU' sepertimana yang didabik dadakan. Setakat mengkritik dan kemudian melakukan carian dalam Internet, macam-macam benda bohong pun boleh diada-adakan. Carilah kos sebenar dan kemudian hantar sebut harga yang boleh mengurangkan kos Kerajaan Negeri Terengganu bagi pembelian dua buah bas amfibia yang bakal diletakkan di Tasik Kenyir dan kemudian akan digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Apatah lagi, Kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Mat Said mempunyai banyak program untuk rakyat, termasuklah ibu tunggal, bapa tunggal dan anak-anak yatim... tak macam di  Selangor yang hanya retorik dan eksklusif untuk ahli Pakatan Rakyat, Mat Said tidak mengambil peduli pegangan politik rakyat yang dibantunya, asalkan mereka orang Terengganu!

Mungkin sebut harga dari pecacai Pakatan, boleh mengurangkan kos dan melebihkan bantuan untuk rakyat Terengganu...

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply