» » Layakkah dia menjadi PM...

LAYAKKAH MENJADI PERDANA MENTERI?

Menggalas tugas Perdana Menteri tentunya bukan enteng. Mentadbir negara dihuni kira-kira 30 juta penduduk, pelbagai bangsa, agama serta kepercayaan politik, bukan seperti makan kacang goreng.

Isi dimakan, kulit dilontar.

Selagi wujud perkataan politik, perbezaan pendapat pasti berlaku. Ketidakpuasan hati tercetus di kalangan kelompok seteru.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan insan sempurna. Tidak bersifat syumul. Beliau juga manusia seperti kita semua. Memiliki hati, perasaan dan melakukan kesilapan. Beza beliau berbanding kita, Najib memikul tanggungjawab lebih besar berikutan mandat dianugerahkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Bukan mandat diraih dari jalanraya tetapi pilihan raya.

Ayah beranak tiga, kekadang pening kepala. Lain anak, lain perangainya. Seorang manja, seorang menurut kata dan seorang lagi barangkali menjadi penderhaka. Pun begitu, ayah tetap cuba melayan anak sama rata kerana itu zuriat dikongsikan bersama isteri tersayang. Anak bersikap buruk dinasihati. Harapan, dia akan menjadi insan berguna.

Jutaan rakyat, tentunya pelbagai ragam mereka.

Tatkala memerintah negara ini, Najib berulang kali dikecam dek pemimpin parti pembangkang namun beliau tidak pernah mempamerkan emosi, kerana Najib, Perdana Menteri. Beliau dihentam berdentum kiri dan kanan. 

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil mendakwa beliau pengecut berikutan tidak membuka ruang soal jawab ketika sidang media di Australia. Najib tidak bingkas melatah lalu menghamburkan kata nista. Mengapa? Kerana Najib pemimpin ternama. Setiap tindakan diperhatikan mata dunia. 

Tidak pula kedengaran suara sumbang dari negara Down Under, hanya seorang anak Malaysia, cabul tatkala berbicara. Tiada lagi sikap hormat kepada pemimpin lebih berusia, hanya emosi dijadikan kiblatnya.

Mujur Allah mendinding Najib dengan ketenangan jiwa. Pasti tindakan beliau itu telah direncana,  berlandaskan kematangan mental diraih melalui pengalaman. 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua pula bersuara lantang. Berjanji bakal menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos menjelma. Menjatuhkan Najib, mengangkat siapa?  

Biarkan dia menyalak bukit.

In Sha Allah Najib tetap terbela, mendepani cabaran sebegitu rupa.  

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula pening kepala. Mendakwa, Najib pemimpin lemah, tidak berkuasa. Adakah Najib melatah? Tidak sesekali kerana Najib, Perdana Menteri.

Perdana Menteri wajib cekal mendepani gurauan nakal. Anwar bakal ke penjara, di situ barangkali terserlah kredibilitinya.

Menjadi ketua negara, tutur kata dan tingkah laku harus dijaga. Disokong pula peradaban terpelihara biarpun dicaci, dimaki dan dihina.

... kerana Najib, masih Perdana Menteri.

Bayangkan, betapa tinggi kesabarannya.Sedangkan Anwar sewaktu disoal oleh media tidak sebulu, menjerkah marah tanpa diduga.

Kelihatannya, emosi Anwar mudah goyah. Digoyahkan soalan wartawan tidak ternama. Layakkah menjadi Perdana Menteri? - Mazidul Akmal Sidek

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply