HATI BUSUK, TADAK GUNA PUNYA YANG BERHORMAT
Baru-baru ini, penulis telah terbaca sebuah artikel nukilan Mohd Nor Hamzah selaku Adun Bukit Payung.
Agak menarik kerana, artikel berkenaan membuatkan penulis terfikir pula di manakah integriti seorang wakil rakyat jika dia sendiri tidak mengikuti perkembangan dalam negeri Terengganu?
Jelaslah juga bahawa penulisannya bukanlah membuktikan apa-apa, tetapi sekadar menunjukkan kedangkalan beliau. Atau lebih tepat lagi, kebodohannya sebagai seorang YB.
Diari Bahalol Seorang YB
1.Tidak Peka
Dalam artikel beliau, Mohd Nor mempersoalkan Perdana Menteri yang berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang baharu sewaktu melakukan lawatan kerja yang pertama ke Terengganu setelah Ahmad Razif bergelar Menteri Besar.
Menurut beliau, dia masih tercari-cari akan pencapaian yang telah dilakukan oleh Ahmad Razif yang baru memegang tampuk kepimpinan negeri dalam masa dua bulan.
Ibarat tidak peka dengan isu semasa di Terengganu, akhirnya menjurus kepada penulis yang kini juga mula memikirkan... YB jenis apakah ini, kalaulah tidak peka dengan isu semasa dan perkembangan negeri, apalah gunanya YB menjadi wakil rakyat dan menduduki kerusi dewan? Apakah Mohd Nor masih tidur?
2. Menyondol Mengkhinzir Buta
Penulis berharap YB Bukit Payung dapat membuat ‘homework’ terlebih dahulu, mengapa Perdana Menteri merasa kagum dengan prestasi Ahmad Razif biarpun belum berusia 100 hari dan hanya dua bulan memegang tampuk kepimpinan. Penulis agak kecewa kerana YB Mohd Nor hanya nampak pertukaran pegawai yang berlaku dalam tempoh itu. Macam mana saudara Mohd Noor jadi YB ni?
Dalam masa yang singkat, Razif telah mampu melaksanakan pelbagai perkara. Sebaik sahaja menduduki jawatan Menteri Besar, perkara pertama yang beliau lakukan ialah dengan menangguh kenaikan cukai pintu. YB Bukit Payung kata ianya atas desakan PAS dan NGO? Salah tu YB...
Kisah penangguhan cukai pintu ini telah lama dilakukan oleh UMNO yang mengusul di dalam mesyuarat cawangan supaya kenaikan cukai pintu ini ditarik dan dikaji semula.
Sedangkan banner-banner ucapan terima kasih kepada Razif atas penangguhan cukai pintu pun telah lama dinaikkan oleh warga Kuala Terengganu.
Hanya selepas keputusan penangguhan itu dibuat oleh MB, barulah PAS terkedek-kedek membuat perarakan ke Wisma Darul Iman untuk menyerahkan memo bantahan. Buat demo untuk mendesak tangguh sesuatu yang sudahpun ditangguh? Ini perbuatan bodoh yang agak kelakar...
---------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Saudagar Kurma Dan Air Zam Zam
Sebelum ini, YB Sahtipu Bahri, Adun Paka juga telah membangkitkan di dalam laman Facebooknya mengenai pemberian kurma di seluruh Terengganu. Penulis tak sangka pula YB Mohd Noor juga membangkitkan perkara yang sama di dalam artikelnya,...
Pengemis kurmakah kalian ni? Bukanlah kelas seorang YB untuk menagih kurma PEMBERIAN PARTI UMNO. Macamlah PAS tidak ada sumbangan beras dengan cop mohor bulan berlatarbelakangkan warna hijau kepada penyokongnya sendiri. Macam tak biasa pulak kutip duit penyokong Pas, beli kurma dengan orang Pas, sewa lori dengan orang Pas, untuk edar semula kepada orang Pas, belum puas lagi chop sekali supit dengan logo Pas. Tulislah,.. sumbangan IKHLAS dari ADUN BUKIT PAYUNG. (walaupun guna duit penyokong PAS yang diraih dari tin milo)
---------------------------------------
Berbalik kepada pencapaian Razif dalam masa yang singkat;
Jikalau hanya itulah yang YB Bukit Payung nampak pada beliau, izinkan penulis menyenaraikan sebahagian, diulangi, SEBAHAGIAN sahaja daripada pencapaian dan kerja buat beliau sepanjang tempoh yang singkat dan masih ‘fresh’ ini.
Penulis tidak hairan jika Perdana Menteri kagum dengannya kerana sifat rendah diri Razif sendiri disenangi dan beliau amat disayangi rakyat Terengganu.
Ahmad Razif Abd Rahman
Yang bantuan kecil-kecil ni dah biasa kita lihat, antaranya bantuan kepada orang miskin, kepada anak yatim, bantuan kepada mangsa banjir, kepada mangsa kebakaran (baru-baru ini, Razif juga melawat dan memberi bantuan kepada muslimat PAS dari Kampung Kubang Jela yang rumahnya hangus kebakaran, (ada tak YB dari PAS yang pergi lawat?)
Bantuan-bantuan kecil tu tak perlulah penulis nak highlight sangat. Kita lihat dari skop yang besar yang bersesuaian dengan keperluan norma rakyat Terengganu.
Lagipun, itulah yang YB Bukit Payung ingin tahu kerana malas membaca dan mencari sumber. Walaupun beliau mendakwa dalam penulisannya bahawa dia ‘sedang mencari-cari’ (padahal tak cari pun)...
Penulis permudahkan sahajalah akan kerja pemalas. Patutlah tiada apa yang boleh diharap oleh penduduk Bukit Payung kepada YB pemalas mereka ini.
Dalam tempoh ini...Razif telah...
-Menangguhkan kenaikan cukai pintu dan sewaan meter air
-Merangka Garis Panduan Hiburan Berasaskan Islam
-Perlaksanaan Cadangan Pembinaan Sekolah Pondok Moden
-Mewujudkan Pasar Tani di setiap daerah
-Menubuhkan IDI (Institut Darul Iman) untuk membantu golongan miskin
-Menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan isu perumahan
-Membangunkan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan
-Dana-dana dan bantuan dinaikkan jumlah untuk ringankan beban rakyat
-Perlaksanaan Menaiktaraf Pasar Payang mengikut aspirasi rakyat
-Penubuhan Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) untuk beri keputusan impak yang tinggi dan segera kepada rakyat.
-Pengagihan RM6.5juta kepada 4 parlimen yang dikuasai pembangkang dengan masing-masing parlimen mendapat RM1.5 juta. Dan dari jumlah tersebut, RM500,000 akan diagihkan kepada setiap dun yang BN telah tewas untuk tujuan pembangunan.
Nak lagi? Kalau disebut mungkin berjela-jela pula jadinya.. lagipun sabarlah, baru DUA BULAN SAHAJA dah SEBANYAK ini...bayangkanlah kalau setahun?
Inilah yang membuatkan Perdana Menteri kita kagum dan berpuas hati dengan prestasi beliau.
"Bukan sekadar pacak batu asas, tunggu bertahun-tahun apa pun tak siap. Hasil kutipan wang dari rakyat lenyap entah kemana... macam kisah lebuhraya cangkul...siapa buat tu?"
YB Bukit Payung,
Sudah sudahlah dengan kondem orang lain YB... tengok dulu kelemahan sendiri...
Lagipun YB Bukit Payung sendiri membawa imej seorang ustaz, dan membawa nama parti yang kononnya memperjuangkan Islam,
janganlah iri dan busuk hati sangat, tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kisah Keluhan Rakyat Dun Bukit Payung
Inilah yang patut YB ambil cakna. Penulis simpati mendengar keluhan rakyat di DUN Bukit Payung apabila mereka mengadu YB seringkali gagal memberi kerjasama dalam bentuk apa-apa jenis bantuan dengan alasan YB merupakan Adun pembangkang dan sukar mendapat bantuan.
Itu bukan satu alasan YB...., apalah gunanya mereka (rakyat) memilih dan meletakkan YB di sana selama DUA PENGGAL sebagai seorang WAKIL kepada mereka? Suara kepada hak-hak mereka?
Baru DUA BULAN sahaja Razif telah jalankan pelbagai kerjabuat untuk keselesaan rakyat Terengganu..., penulis tertanya-tanya, bagaimana pula dengan YB?
Apa yang telah YB buat selama DUA PENGGAL ini? Macam tak ada fungsi pun?
Apakah ketiadaan fungsi ini yang kita gelar YB takdak guna? Hmmm.. tak guna punya YB...
--------------------------------------------------
Marilah kita sama-sama dibulan yang penuh keberkatan ini berdoa agar seluruh rakyat Terengganu dan negeri Terengganu ini terselamat dari hasad dengki, lebih-lebih lagi hasutan dari seseorang yang telah diangkat menjadi wakil rakyat supaya membenci ketua yang memegang tampuk kepimpinan negeri.
Penulis ingin nasihatkan YB Bukit Payung supaya banyakkan membaca, keluarkan diri dari kelompok kebodohan mahupun kebahalolan jika ingin menyuarakan pendapat.
Bimbang kedangkalan YB dapat diukur melalui penulisan YB sendiri.
Jangan sibuk mengejar dan mencari populariti dengan membaham pimpinan Barisan Nasional. Buatlah kerja dan tanggungjawab yang lebih penting. Amanah YB kepada rakyat di Dun YB. Bimbang Allah balas sekelip mata... bukan YB tak ingat macamana nama YB melonjak naik sewaktu ada kisah berlegar di maya bahawa pegawai YB pernah ditangkap khalwat dulu?
Macam mana jaga anak buah ni YB....?
P/S : Kalaulah pegawai khas YB, orang Kampung Matang, Kuala Berang yang bertubuh besar tetapi berotak sempit tu yang menulis bagi pihak YB... penulis nasihatkan YB tendang sahajalah dia dari terus memalukan nama YB....
– Waris Amp
Author Paperwaris
12 Ramadhan 1435 bersamaan 10 Julai 2014
No comments: