Seorang anggota polis maut dan seorang lagi dipercayai diculik dalam satu serangan hendap oleh 8 orang anggota militan yang disyaki pengganas sulu di Pulau Mabul, Sandakan.
Dalam kejadian yang tidak disangka itu 8 orang anggota militan terbabit telah menghampiri sebuah restoran dan melepaskan tembakan rambang.
Maklumat mendapati 2 anggota Polis Marin ESSZONE ,Kpl Rajah Bin Jamuan dan Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku. Manakala sebuah botronda Polis Marin berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda sempat mengambil perlindongan.
Selepas kejadian tembakan rambang itu pihak polis mendapati seorang anggotanya maut dan seorang lagi hilang dipercayai telah diculik.
Pihak keselamatan percaya kejadian ini adalah operasi membalas dendam oleh pengganas Sulu dan pihak keselamatan yakin operasi serang hendap seperti ini akan terus dilakukan oleh mereka.
Pulau Mabul yang terletak di dalam kawasan EESCOM akan ditingkatkan lagi kawalan keselamatan. Ketidaksiagaan menjadi punca kejadian seumpama ini boleh berlaku dan seharusnya pihak keselamatan perlu sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi tekanan dan ancaman pihak musuh terhadap keselamatan negara.
No comments: