» » Seorang maut dalam kemalangan ngeri

Seorang lelaki maut selepas kenderaannya bertembung kereta Proton Waja yang dinaiki empat pegawai Kastam dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pasir Puteh dekat sini, petang ini.
  
Zulkepli Mohd Nor, 50, dari Kampung Pasir Puteh, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah manakala pemandu Proton Waja Baharim Ibrahim, 35, Noorah Mohamad, 46, Wan Nurul Zarina Ahmad, 25, dan Shamsuri Osman, 40, patah tangan, kaki serta cedera di kepala dan muka.
  
Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, empat pegawai berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri tugas rasmi di Kemaman.
  
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Zulkepli dari arah Marang ke Dungun dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung kereta dinaiki pegawai kastam berkenaan, yang datang dari arah bertentangan.

Seorang saksi, Zulkifli Deraman, 49, berkata dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar satu dentuman yang kuat dan melihat kedua-kedua kenderaan remuk.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply