» » Dewan Ulamak PAS sudah hilang "keramat"

Keramat atau Karomah, sinonim dengan bangsa Melayu yang membawa maksud “sesuatu yang luar biasa yang dimiliki bukan oleh sebarangan manusia, kebanyakannya terdapat dalam diri Wali Allah dan Ulamak-ulamak.”

Satu ketika dulu, penulis melihat ahli Pas amat taksub dengan pemimpin mereka dan kemuncak kepatuhan kepada pemimpin mereka adalah bila Pas sendiri canangkan manifesto “Kepimpinan Melalui Ulamak”. Bagi mereka ketika itu, apa sahaja yang keluar dari mulut Ulamak mereka maka jangan disangkal. Kalau dilawan, buruk padahnya. Ketika itu juga mana orang yang bukan berpendidikan agama berani untuk bertanding dijawatan yang tertinggi Pas.

Paling malang yang menimpa ahli parti bila ‘karomah’ yang dijaja selama ini rupanya hanya cerita ‘mitos’ yang menguntungkan kumpulan tertentu sahaja. Kelantan yang diperintah oleh Ulama dan negeri Terengganu juga pernah diperintah mereka adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Ulama yang mereka harapkan rupanya tidak mampu menjadikan kedua negeri tersebut sebagai contoh negeri terbaik yang diperintah oleh parti Pas yang membawa imej Islamik dan diterajui Ulama-Ulama.

Kini Pas terpaksa berdepan dengan ujian lagi sekali. Isu Wan Azizah bakal menggantikan Khalid Ibrahim bakal menyaksikan sejauh mana suara konsensus manusia yang berada di dalam Dewan Ulamak Pas dituruti atau disokong oleh seluruh peringkat kepimpinan Pas tanpa bantahan.

Dewan Ulamak Pas dengan jelas menyokong kenyataan Presiden Parti, Hadi Awang dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor. Dewan Ulamak Pas juga mengeluarkan kenyataan rasmi mereka beserta dengan ‘nas’ bagi menjelaskan pendirian Hadi Awang bukan pendirian peribadi beliau tetapi adalah ‘Suara Rasmi’ parti.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan.” kenyataan rasmi Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak itu juga dilihat mengeluarkan ‘nas’, “Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.”

Tambahnya lagi, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Menurutnya juga, sejak Tan Sri Khalid mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

Ulamak-ulamak Pas yang ada dalam kumpulan Dewan tersebut seolah-olah terpaksa berhempas pulas meyakinkan ahli parti bila menjelaskan kenapa Khalid Ibrahim wajar diberi peluang bila menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru.

Lebih memalukan bila pihak Dewan Ulamak PAS Pusat terpaksa menyeru agar semua ahli Pas agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Nik Aziz? Karomahnya pun dah hilang disaat beliau diundurkan sebagai Menteri Besar Kelantan. Suara Nik Aziz hanya didengar dalam rumahnya sendiri sahaja. Walaupun beliau dengan lantang menyokong Hadi Awang, Mat Sabu dan Mahfuz sudi dan patuh?

petikan MyKmu.net

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply